0 Biar Gambar Berbicara #37

survey, laptop, laptop murah, senarai laptop, list laptop, intel i7
Laptop mana
*Snap guna smartphone Xperia X8

1 Dah Masa Beli Laptop Baru?

laptop, Acer, aspire, 4730z
Laptop Acer 4730Z ni macam minta diganti baru je. Dalam sebulan ni selalu sangat meragam. Hari tu adaptor rosak. Sekarang ni selalu terpadam, tahu-tahu je skrin dah gelap, blackout 505. Susah nak buat kerja terutama apabila guna Photoshop. Tengah transfer gambar pun boleh terpadam! Buat orang hilang mood je.

Nak kata overheat tak juga. Agak stabil suhunya.

Adakah gara-gara laptop ni selalu dijadikan tempat latihan berdiri si Fatih? Budak kecik tu suka sangat paut skrin untuk berdiri lepas tu joget-joget. Kadang-kadang tu kita tutup rapat-rapat dijadikan alas kaki pulak! Kejam. Sebagai pakcik yang baik, biarkan dia berdiri atas tu sampai puas. Ahah!

Mungkin laptop Acer ni dah sampai hayatnya. Dah 5 tahun lebih. Ke sana sini dah diusung. Baik dalam negara, baik ke luar negara. Musim panas, musim sejuk, musim bunga, musim luruh semua dah pernah tempuh. 5 tahun kira cukup lama dah tu tambahan pula dah ketinggalan zaman. Dual Core kau! Huhuhu~ Dengan bateri kong lagi, tak praktikal sungguh. Cukup kuat tak alasan-alasan ni untuk beli laptop baru? Nampak permainan dia? Ahaks.
graphic card, kad grafik, geforce, nvidia

Sekarang tengah berkira-kira nak beli laptop baru yang lebih hebat, lebih laju! Boleh layan Photoshop, mampu bawa After Effects. Cari info tentang processor, RAM, graphic card yang dah lama ditinggalkan sejak tamat belajar. Mula mengumpul pamplet, brosur, iklan. Kena buat senarai pendek spesifikasi laptop yang diperlukan sebelum masuk ke kedai komputer. Dan yang paling penting, kena ada bajet. Bajet bagus. Hahaha.

Korang guna laptop apa ek? Model apa... Kongsi sikit.

6 Biar Gambar Berbicara #36

spam, comment, blogger spam, komen spam
hasil bulan Mei - manual delete

8 Design FB Timeline Cover Hari Guru 2013

Hari Guru tak lama lagi. 16 Mei.
Petang semalam duduk-duduk di rumah takde kerja, layan grafik sorang-sorang kat laman rumah. Sambil mendesign, tengok pokok-pokok bunga sambil fikiran menerawang entah ke mana. Mencari ilham gaya seorang penulis novel. Hahaha.

Bosan asyik refresh News Feed Facebook (FB) setiap lima minit tetiba terlintas untuk buat sesuatu yang lebih berfaedah. Gila apa asyik refresh FB. Korang pernah buat tak?

Cuba design cover timeline FB sebab baru-baru ni FB dah upgrade atau tukar layout. Cover FB pun dah berubah saiz. Manalah tahu kut nanti ada yang nak tempah cover timeline FB, kan? Senang sikit kerja. Ahaks. Cubaan demi cubaan dilakukan maka siaplah dua cover sempena Hari Guru ni.

fb cover, timeline cover, hari guru, teachers day
Preview FB Timeline Cover - Hari Guru #1


fb cover, timeline cover, hari guru, teachers day
Preview FB Timeline Cover - Hari Guru #2

Ha, kat atas tu contoh rupa bentuk cover tu kalau dah siap diupload ke FB. Korang kalau nak guna kat FB sendiri boleh jugak. Klik je link kat bawah gambar-gambar tu untuk dapatkan covernya. Kalau nak lah. Hehe~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.