berkayuh |
Kita bukan orang sukan, 35KM tu jauh gila, kut. Walaupun pernah go for 50KM sebelum ni tapi over 25KM for me, itu jauh. Jauh ke?? Jauh, doe~.
Water station dia betul-betul water station - air mineral sahaja! Takde 100plus, takde Riveve, takde apa-apa minuman isotonik. Pisang pun takde. Betul-betul "pishang" atas basikal. Nasib baiklah prepare seketul Snickers dalam poket, tenaga datang lain macam. Gigit sikit-sikit sampai garisan penamat. BTW, Snickers bar ni dalam kategori energy bar ke? Anyone know?
Laluan berbasikal kali ni boleh kata hampir 100% jalan landai, aku tak perasan langsung jalan berbukit. Trek senang. Sampai juga garisan penamat walaupun bukan kumpulan awal yang tiba.
Harap lepas balik berbasikal kat Muar ni semangat bersukan tu kembali semula. Bawak balik buah tangan t-shirt, medal finisher, bip. :)
Nota:
Bulan 11, 12 ni kat Malaysia musim hujan bang. Acane?
1 Comments
Semoga ada sambutan. :)
ReplyDelete