Pernyataan masalah:
Laptop tiba-tiba terpadam tanpa amaran. Tup-tup gelap je skrin. Macam takde elektrik, blackout. Masa terpadam pula tidak konsisten; kadang-kadang lima minit selepas ON laptop, kadang-kadang selepas sejam dua ON laptop. Kadang-kadang tu seharian dibiarkan OK pulak, langsung tak terpadam. Gejala shutdown tiba-tiba ni menjadi-jadi bila buat kerja. Guna Photoshop dia terpadam. Transfer gambar ke external hard disk pun terpadam jugak! Tak ke sakit hati?
Antara kemungkinan punca masalah:
- Overheat (panas melampau)
- Hard disk rosak
- Salah setting 'Power Plan'
- Windows kucar-kacir
Panas melampau. Ini yang pertama terlintas dalam kepala sebab pernah mengalami. Mungkin kipas CPU berhabuk. Tapi rasa macam baru je servis kipas CPU, buang habuk-habuk yang melekat. Check suhu tak panas mana pun rasanya, jari pun tak lecur.
Keputusan: Bukan disebabkan overheat
Hard disk rosak
Selalu hard disk yang bermasalah akan berbunyi 'pelik'. Tapi ni senyap dan lancar je. Takde rasa getaran yang kuat pun. Masa boot laptop pun tak tersangkut (hang) sampai susah nak ON. Bad sector pun takde.
Keputusan: Hard disk OK lagi
Salah setting 'Power Plan'
Check juga mana tahu kalau-kalau ter'set' hard disk shutdown dalam 1 minit apabila tak digunakan. Check setting... biasa je. Tak mungkin. Lagipun masa laptop ni terpadam tidak konsisten, sesuka hati dia je terpadam. Kalau masa dah ditetapkan mesti masa terpadam tu konsisten je, kan?
Keputusan: Setting 'Power Plan' OK.
Windows 7 kucar-kacir
Mungkin Windows 7 dah huru-hara sebab lama tak format. Macam-macam dah install, uninstall, download. Format... punnnnnn terpadam jugak bila buat kerja.
Keputusan: Bukan masalah Windows
Ringkasan:
Setelah beberapa pemeriksaan dijalankan sendiri, belum jumpa punca sebenar kenapa laptop Aspire 4730Z saya terpadam sendiri tiba-tiba. Harap-harap tidak berkaitan dengan kerosakan papan litar atau komponen dalaman. Itu bukan penyakit biasa dah, itu dah jadi kanser. huhuhu. Korang ada yang berpengalaman berdepan dengan masalah ni?
46 Comments
sama dengan laptop acer saya..tapi bila dah install antivirus baru okk pulak...sekarang nie macam overheat pulak..balik rumah nanti ingat nak cek..
ReplyDeleteSesekali kena servis kipas tu supaya tak overheat. Habuk.
Deleteowhh, sy bukan pengguna laptop acer. nasib lah. hahahha
ReplyDeleteHahaha, terselamat eik. Hehe. Guna laptop jenama apa yep?
Deletesaya pun guna laptop jenis ni, dulu selalu juga shut down sendiri dan kdg2 keluar blue screen, katanya orang berpengalaman, itu mungkin virus..hmmm, bila install antivirus ok balik..
ReplyDeleteOwh. Thanx kongsi pengalaman. Leh jadikan panduan kalau terkena gak.
Deleteadapter dah check? psu?
ReplyDeletelappy lama aku mcm tula. brand acer juga. rasanya motherboard ko dh rosak. dah berapa lama pkai laptop tu?
DeleteDah lima tahun, dari 2008. Motherboard? Huhuhu, kalau itu yg rosak takde harapan lagi gamaknya.
Deletebukan masalah grafik cukup ke? Aq punya dua leptop yang blackout hahah
ReplyDeletesatu je masih berfungsi dengan baik.. salah seorang pengguna Acer.
Grafik intel, sharing. Ni tgh buat ujikaji lagi apa masalah sebenar dia. Ujikaji overheat dalam proses, guna software.
DeleteAssalamualaikum, cuba awak bersihkan ram dia.. mngkin ram dia kotor tu yg masalah tu.. lg 1 kalau blh pkai kipas external yg letak bwah laptop tu.. kalau tk blh jgk kna bwak pg kdai komputer je la..
ReplyDeleteRAM belum cuba bersihkan sebab dia takde bunyi 'bising'. Akan dicuba nanti. tQ. :)
DeleteMungkin motherboard atau processornya terlalu panas
ReplyDeleteSaya pun fikir camtu. Bila semak guna software OK je suhunya. Tapi ada kemungkinan bacaannya tak tepat sebab masalah-masalah lain.
Delete*Sedang memastikan processornya panas sangat atau tidak. Terima kasih.
overheat tu..sebab saya py laptop pon macam tu juga..bersihkan kipas,tambahkan heatsink compound(thermal paste) pada processor..ram perlu digosok juga..kalau semua dah buat boleh masuk windows,try download software prime..tq
ReplyDeleteoverheat tu..sebab saya py laptop pon macam tu juga..bersihkan kipas,tambahkan heatsink compound(thermal paste) pada processor..ram perlu digosok juga..kalau semua dah buat boleh masuk windows,try download software prime..tq
ReplyDeleteLaptop sy pun bermasalah gak. Bila on bunyi mcm bising. Blh dgr bunyi kipas dah tak smooth. Pastu cepat panas pulak. Tapi tak pernah lagi ter-shutdown sendiri. Tak suka ah bila cpt panas tmbh lg bunyi bising tu. Nak try bersihkan dlm tu xdpt. Bila dh buka skru semua tak dpt buka sebab masih ada yg terlekat. Tak berani nak truskan.
ReplyDeleteKebanyakan model laptop susah nak keluarkan kipas dia. kena tanggal habis. Itu yang sakit dibuatnya. huhu.
DeleteAcer ni problem dia chipset je cpt pnas
ReplyDeleteadoyaiiiii...mengalaminya sekarang....tengah sedap2 buat assignments bagai....blackout tetiba...aduhhh....nak buat mcm mane ni??? :'(
ReplyDeleteOk dah ke laptopnya?
DeleteLaptop saya pon baru jadi mcm tu tadi.. tengah2 tengok movie, tibe2 je screen jadi gelap. Nak kate panas, tak pon.. huhu. On balik, tak keluar ape2 pon.. baru fes time jadi ni. Tak taw bak buat apa dah.
ReplyDeleteCamne sekarang laptopnya? Jumpa dah punca masalah?
DeleteLaptop saya Asus ...masalah utama yang kerap berlaku adalah bluescreen ..xtahu la apa puncanya...tengah2 buat keje,layan movies n gaming..tiba2 jadi bluescreen... anti-virus dah install...dah full scan..tapi xde pun virus detect... masih mencari apa punca penyebab Bluescreen
ReplyDeleteBluescreen?
DeleteMungkin konflik drp software yg baru install; atau,
masalah hardware seperti RAM atau harddisk.
Sya sleepkan notebook Acer saya..
ReplyDeleteTup2
Saya on x bole..
Kenapa ya?
😢😢
Setiap kali 'sleep'kan terjadi hal begitu atau terus mati tak boleh on dah sekarang ni?
DeleteMaaf lewat respon. Lama tidak semak komen.
Salam bos, nak tanye laptop sy terpadam dan adapter terus rosak. Sy pinjam adapter member pastu laptop boleh on tapi bile gune xlame tu die padamsendiri .bole bagi pendapat sikit tak tntang masalah ni.tq
ReplyDeleteSalam kembali. Berkemungkinan bahagian supply power masalah. Mungkin juga terlalu panas, pengedaran udara terganggu (berhabuk dsb) menyebabkan laptop terpadam sendiri.
Deletehaha..knpe nie laptop tba2 trpdm..bru jer 20 mnt on.lps tu cpt pns.knpa errr..
ReplyDeleteLepas tu bila on semula cepat terpadam tak? Mungkin kipas berhabuk sangat dah tu.
DeleteMacam mana, dah dapat punca sebenar ka laptop tu?
ReplyDeleteCuba cabut semua skru ..pas tu idupkan Tanpa bateri mungkin masaalah short ground kat motherboard kot.
ReplyDeleteSy pon jdi mcm tu. Dah xtau mcm mana nak buat
ReplyDeleteSaya mengalami seperti ini jugak..pakai toshiba l310..before ni pegi htr servis sbb panas je bila on tp x pernah terpadam..elok je guna cuma panas..then lepas servis,terus jd mcm gini..xde rse panas pun tetibe terpadam..x konsisten terpadam tu..kdg2 elok plak sehari x tutup..adeh pun x paham masalh ape..stress bila download laptop off tetibe 😔
ReplyDeleteKalau baru je servis saya rass better hantar semula adukan masalah tersebut.
DeleteHa ni yg payah sebab hantar laptop kat satu kedai ni di bangi tapi sekarang dah x duduk bangi baru pindah melaka..nk pegi balik adeh macam sesia 😵
DeleteSalam.kenapa laptop saya dah jadi macam komputer.kena cas baru boleh on.sebelum ni jadi jugak terpadam sendiri.��
ReplyDeleteLaptop saya Asus, off sendiri. Nak kata panas tak. Sudah 2,3 kali terpadam.
ReplyDeleteLaptop sy asus.. Pandai sleep sendiri. Kdg2 ble tahan stkat bbrpa minit, stgh jam, bbrpa saat lps on then sleep. Bila sleep tekan power button xdpt on. Kna tgu 1/2minit gtu bru on balik.. Kipas ok xda pnas. 5bulan lpas bru tukar chipset. Rasa2 apa mslh tu ya?
ReplyDeleteLaptop saya Asus tiba2 off sendiri screen for da first tme gelap at da same time i pakai wlaupun lowbat but on caj .tengah caj bb lowbat brpa minit dh off sendiri.on semula tk boleh dh sejam caj pun tpi tk blh on .lampu hijau tepi tu tk boleh off why?
ReplyDeletesolution sebenarnya ialah..masalah d token laptop tersebut.sekian terima kasih
ReplyDeletemacamana sekarang? dah jumpa penyelesaian? saya tengah hadap masalah ni sekarang. tak tau nak buat camna. haha
ReplyDeleteAspire 4738
ReplyDeleteMcm mane kalau caj laptop, lepastu screen gelap, kalau x caj ok je
ReplyDelete