Header Ads

Dah Masa Beli Laptop Baru?

laptop, Acer, aspire, 4730z
Laptop Acer 4730Z ni macam minta diganti baru je. Dalam sebulan ni selalu sangat meragam. Hari tu adaptor rosak. Sekarang ni selalu terpadam, tahu-tahu je skrin dah gelap, blackout 505. Susah nak buat kerja terutama apabila guna Photoshop. Tengah transfer gambar pun boleh terpadam! Buat orang hilang mood je.

Nak kata overheat tak juga. Agak stabil suhunya.

Adakah gara-gara laptop ni selalu dijadikan tempat latihan berdiri si Fatih? Budak kecik tu suka sangat paut skrin untuk berdiri lepas tu joget-joget. Kadang-kadang tu kita tutup rapat-rapat dijadikan alas kaki pulak! Kejam. Sebagai pakcik yang baik, biarkan dia berdiri atas tu sampai puas. Ahah!

Mungkin laptop Acer ni dah sampai hayatnya. Dah 5 tahun lebih. Ke sana sini dah diusung. Baik dalam negara, baik ke luar negara. Musim panas, musim sejuk, musim bunga, musim luruh semua dah pernah tempuh. 5 tahun kira cukup lama dah tu tambahan pula dah ketinggalan zaman. Dual Core kau! Huhuhu~ Dengan bateri kong lagi, tak praktikal sungguh. Cukup kuat tak alasan-alasan ni untuk beli laptop baru? Nampak permainan dia? Ahaks.
graphic card, kad grafik, geforce, nvidia

Sekarang tengah berkira-kira nak beli laptop baru yang lebih hebat, lebih laju! Boleh layan Photoshop, mampu bawa After Effects. Cari info tentang processor, RAM, graphic card yang dah lama ditinggalkan sejak tamat belajar. Mula mengumpul pamplet, brosur, iklan. Kena buat senarai pendek spesifikasi laptop yang diperlukan sebelum masuk ke kedai komputer. Dan yang paling penting, kena ada bajet. Bajet bagus. Hahaha.

Korang guna laptop apa ek? Model apa... Kongsi sikit.

4 comments:

  1. haha. mmg pak cik yg baik. kalau sy dah bawa lari dah laptop tu. hehe. sy guna compaq presario cq43. grafik bagus utk main game. huhuhu.

    p/s~ maaf lama x dtg sini. busy sikitlah. hehe ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe je. Ada masa betul2 free jenguklah, selalu2 pun boleh jugak. hihih. Game apa Ana main?

      Delete
  2. acer 4755G....
    540M Nvidia
    4GB+4GB memory
    3.0Ghz turbo boost
    core i5

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whoaaa, spec dia... hebat. Laju ya amat!

      Delete

Powered by Blogger.