Semoga COVID-19 pergi


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awalnya singkat sekarang dah dipanjangkan hingga 14 April 2020. Lama sungguh kurang lebih sebulan perlu berada dalam rumah #stayathome, mesti kurangkan pergerakan yang tidak penting.

Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat dari sehari ke sehari tapi alhamdulillah tidaklah terlalu drastik seperti Itali dan negara lain. Diharap tidak berlaku tsunami COVID-19 seperti yang dirisaukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana didapati terlalu ramai yang ke luar negara sebab tambang tiket penerbangan jadi terlampau murah. Janganlah terjadi, minta dijauhkan.

Setakat hari ini, negeri ni alhamdulillah antara 6 negeri kes terendah. Berharap tidak semakin membarah. Ada kampung di negeri lain dah jatuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), zon merah; tidak boleh keluar-masuk.

Macam-macam perangai orang kita lihat dalam dua minggu ni. Individu yang introvert ada aktiviti dia walaupun sendirian, yang ekstrovert tak kurang juga pe'el dorang tak reti duduk lama, yang ambivert pun ada.

Ini tempoh untuk kita muhasabah diri; apa yang kita dah buat, apa yang kita sedang buat, apa yang kita akan buat, semua tu biarlah bermanfaat. Bukan kita sahaja yang hidup kat dunia ni, ada orang lain juga hidup sama-sama berkongsi bumi Allah ni. Bukan kita sahaja yang penting kat sini, semua orang pun penting. Jadi, jangan nak pentingkan diri sangat, do not selfish.

Semoga COVID-19 segera berlalu pergi.

Post a Comment

0 Comments