sila copy-paste semula senarai

Tak boleh blah Doe copy-paste benda sama
dalam message group; Whatsapp, Telegram dsb
Panjang berjela.
Semak, Doe.

Kadang kita saja cetus idea
supaya tak nak group jadi semak
tapi...
masing-masing buat bodoh,
nak ajar benda baru,
ramai tak nak,
ada yang skip terus,
segelintir tu tak baca pun mesej orang,
nak orang baca mesej dia je, Doe.

kita ni nak bagi nampak yang kita ni golongan 'pro',
tapi orang tak nak.
Biaule, Doe.

Ramai suka scroll ke bawah, scroll, scroll, scroll dan scroll
pun masih scroll benda sama
scroll lagi,
Eh, ada lagi??!
Scroll lagi.

laju sikit

tak habis-habis
tak settle-settle

kalau perlu tigapuluhenam ahli punya respons,
tigapuluhenam kalilah kau nampak benda sama tu.
Tak semak ke, Doe??!

Lepas tu bila dah semak camtu
ada yang terlepas maklumat,
Biaule, Doe.

Dorang suka dengan takuk lama.
Selesa.
Sedap.

Post a Comment

0 Comments