Setelah lebih 40 hari, hari ini 'rantai' dibuka. |
Hari ni mula PKP Bersyarat, dalam tempoh PKP fasa Empat. Hampir semua sektor ekonomi dibuka tapi kena ikut SOP ketat.
Ada yang suka, ada yang tak suka. Semua ada hujah ikut masing-masing punya kaca mata. Tapi itulah sehari dua hari ni kes baharu cecah seratus lebih pula. Nitizen risau, minta kerajaan u-turn semula, rakyat belum bersedia.
Aku? Gusar juga kalau sekarang perlu masuk kerja. Terbayang COVID-19 boleh muncul dari mana-mana tak tentu masa. Tangan mesti gatal nak pegang muka.
Stress gila.
Ah! Jomlah beriadah. Banyak sangat fikir sampai bila-bila tak sudah....
..tapi esok-lusa sajalah.
.
Hari ni komfom ramai
.
.
dah boleh riadah, YAB PM bagitahu sempena Hari Pekerja:
Aktiviti sukan outdoor yang tidak melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai dibenarkan. Jadi, saudara saudari boleh bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton. Jogging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat anda mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan.
0 Comments