Keluar berbasikal? Tidak.
Kenapa tidak? Orang kecam.
Takut orang kecam? A'ah.
Misi berbasikal minima 10KM setiap hari dalam entri lepas terpaksa diabaikan sebab Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa 18-31 Mac 2020 ekoran pandemik COVID-19. Perintah ni bukan Perintah Berkurung, bukan lockdown, bukan cerfew... cuma kawalan pergerakan, nak jauhkan sosial dan perhimpunan orang ramai.
Bermakna bolehlah berbasikal solo di tempat-tempat yang orang tidak berkumpul? Kan? Kan? Kalau dibolehkan keluar pergi beli makanan yang mana terang-terang tempat itu ramai orang, kenapa tidak boleh pula berbasikal sorang-sorang?
Nitizen berhujah, dah kata tak boleh keluar tu duduk je lah diam-diam di rumah. Paling tak boleh blah, matikan hujah "kalau kau kena COVID-19 jangan nak menyusahkan orang". "Tunggu kau kena tangkap polis baru cerita". Macam-macamlah. Siap lukis, tak duduk dalam rumah tu 'babi'.
Berani aku cakap kebanyakan korang yang maki hamun orang tu tak tahu pun mana nak sabitkan kesalahan tang mana, tak habis-habis berhujah "dah orang cakap duduk kat rumah tu duduk je lah". "Ko nak sebar virus ke??" Hello, panduan-panduan kata jangan pergi tempat orang ramai berkumpul, kalau pergi pakai mask, jaga jarak 1 meter... so tak boleh ke solo?? Solo, faham solo?
Salahnya kat mana? Langgar 6 ketetapan seperti yang diumumkan PM yang mana satu? Membabi-babi kan orang DALIL korang mana yang kata tak boleh??
sumber: https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/photos/a.1829514137151484/2298605670242326/?type=3&theater |
Fokus pada klausa
"Tiada seorang pun boleh bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan kecuali..."(selebihnya rujuk infografik).
perhatikan juga pada "kawasan tempatan jangkitan".
Apa kawasan-kawasannya? Tempat aku atau korang ni termasuk "kawasan tempatan jangkitan" atau tidak?
Rujuk dalil nassi berikut ni... yang menghuraikan lebih lanjut; Warta Kerajaan Persekutuan, bertarikh 17 Mac 2020 ni; http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pua_20200317_PUA87.pdf
Kesimpulannya, boleh tak semata-mata berbasikal dalam tempoh ni? Jogging, hiking, berlari, berjalan laju, berenang, apa-apalah riadah, boleh tak?
Baca le, jangan malas.
Semua nak suap je.
0 Comments