COVID-19: Lanjut Lagi PKP, Apa Khabar Emosi?

COVID-19 face mask on floor, topeng muka
topeng muka jatuh terduduk bila PKP dilanjutkan lagi.

Tempoh PKP dilanjutkan lagi dua minggu, buat kali kedua. Ada yang gembira, ada yang tak suka. Bercampur-baur pun ada, terutama yang dewasa.

Gangguan emosi. Keadaan hidup yang tidak disangka-sangka begini boleh membuatkan sesiapa sahaja berfikir yang bukan-bukan. Kadang tu waras kadang macam orang tiada iman. Tanpa sedar banyak mengguris orang lain punya perasaan. Corak negatif lebih mudah menguasai pemikiran.

Satu perkataan - ujian.

Mereka yang kesempitan (duit selalunya), sedang diuji. Yang tak sempit - berduit - pun diuji. Semua orang ada ujian tersendiri, macam-macam bentuk dan rupa. Allah nak uji sejauh mana keimanan kita, berkurang ke bertambah, ke menggila?

Frontliners tu, dorang bergaji tapi, ada hidup dorang senang sekarang ni? Dorang sedang hepi? Dorang diuji walau bergaji, berisiko tinggi dijangkiti, penat - burnout hari-hari. Kadang dicaci dimaki, dilempar barang dari tempat tinggi. Apa sajalah yang kita tak puas hati?

Mungkin ini masa kita muhasabah diri. Selama ni kita benar-benar bersyukur ke tidak dengan nikmat dan rezeki yang Allah bagi? Atau kita masih merungut itu ini?

Masa senang ada kita ingat Dia? Ada ingat orang lain juga? Kita fikir kita sahaja. Kita lupa Hari Sana. Kita lupa segala nikmat boleh ditarik bila-bila masa macam Sohibul Jannatain dalam surah al-Kahfi (Gua), sekelip mata hilang segala.

Tepu tak tahu buat apa bacalah Ayat-ayat Dia, tenang jiwa dapat pahala. Usaha hafal surah Lazim sebab musim Terawikh dah nak tiba. Macam orang alim pula mengaji-menghafal ni semua? Buatlah aktviti dengan keluarga, anak-anak tu didik ilmu berguna, tunjuk dorang contoh kita parents berwibawa. Jangan terbaring sepanjang masa parking lengan kat kepala, macam ahli fikir konon-kononnya.

Post a Comment

0 Comments