Header Ads

Jumpa Juga Punca Laptop Kerap Terpadam

Alhamdulillah dapat juga masuk ke dashboard blog. Sehari dua ni tak dapat masuk sebab tak berjaya melepasi step kedua sekuriti blog. Kod keselamatan yang Pakcik Google hantar lambat sampai. Terlepas dua tiga keyword. Salah satu tentang perkahwinan ketiga Ustaz Azhar Idrus (UAI). Berlegar-legar di alam siber gambar perkahwinan Ustaz Azhar Idrus baru-baru ni seiring dengan ketidakpuasan hati beberapa pihak. Mabruk ostak sebab telah beristeri tiga. Tumpang cemburu. Huhuhu. Kita serupa... UAI dah ada tiga isteri, saya dah ada tiga lappy (Dua Acer, Satu Lenovo). Nampak tu, serupa kan? (Cuba nak kejar keyword jugak tu). Hee~

Balik kepada tajuk kita!
Sehari dua ni sibuk buat ujikaji kat laptop Aspire ni. Uji samada overheat (terlalu panas) atau tidak sampai laptop terpadam sendiri. Ujikaji lain pun buat jugak sebagaimana yang korang sarankan dalam entri "Diagnos Punca Laptop Tiba-tiba Terpadam". Terima kasih atas segala saranan korang. Ramai juga pernah hadapi masalah yang hampir serupa.

laptop terpadam, kerap terpadam, tiba-tiba padam, overheat, panas sangat, adapter laptop, adapter rosak
Apa yang boleh anda jelaskan atau ramalkan melalui data-data ini? Bincangkan. Hahaha.
CPU tak terlampau panas. Sedang-sedang je panasnya. Kira normal kan bacaan bawah 60 darjah celcius dalam keadaan aktif bekerja. Laptop tak terpadam selama mana tidak melibatkan penggunaan data luar. Ya, dari luar atau diluar. Cucuk external harddisk 1TB, kantoi. Dia read data terus padam.

Ambil keputusan guna adapter Acer satu lagi. Cucuk external hard disk sambil transfer fail, sambil main game empat jam. Takde tanda-tanda pun mahu padam. Kesimpulan awal, adapter third party yang saya baru beli hampir sebulan lalu bermasalah. Uji pulak adapter baru kat laptop Acer lain, pun terpadam! Sah adapter tu punca laptop kerap terpadam. Mungkin adapter rosak atau tak cukup kuasa, 65 Watt. Masa PC Fair hari tu nak beli kuasa yang lebih tinggi takut terbakar lak laptop. Tak pasti berapa kuasa yang diperlukan. Agaknya 65 Watt ni standard netbook je, kut? Ke camne... Korang ada pandangan?

19 comments:

  1. ouhh ini ke rupenye kenapa laptop senang terpadam?... hurmmm...kene anta baiki lah gni tq for the info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya laptop terpadam sebab overheat, pengudaraan dia terganggu sebab habuk terkumpul. Tapi laptop saya terpadam sebab lain. :)

      Delete
    2. laptop ustz trpdm sbb ape tu???

      Delete
    3. Assalamualaikum,

      Iklankan barangan yang ingin dijual atau perniagaan anda atau bertukar laman web anda di www.produkmuslim.info

      Daftar segera ia percuma

      Terima kasih

      Delete
  2. aah mmg kalau panas, xlaratnya..sama je ngan manusia..

    ReplyDelete
  3. boleh jadi sebab dalam tu dah berhabuk...kotor..dlu latop sya buka brapa minit dah padam sndri..antar dengan kawan,,kawan kata sebab habuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya begitu tapi laptop saya lain sikit lak penyakitnya. :)

      Delete
  4. Wah! dah jadi pakar computer pulak ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Hobi lama, godek2 komputer. :p

      Delete
  5. gud info la incek ibnuismaini...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tQ cik Aya. cerita apa yang saya hadapi je.

      Delete
  6. assalam,

    selain dari sbb berhabuk , apa lagi sbbnyer terpadam sendiri ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam

      Mungkin juga disebabkan:
      -masalah hardware seperti hard disk
      -motherboard rosak
      -power supply rosak / adapter

      Delete
  7. dlm photography pandai,dalam komputer pun pakar jugak. :)
    kalau sy, hntr kedai jelah. btw, thank u tolong sy hr tu. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2, Lyana. :)

      Tahulah sikit-sikit, expert tu tidak. Hee~ Suka explore sendiri.

      Delete
  8. ahaaaa, laptop suka padam erkk pakai adapter jenis apa? Maksud is brand apa?

    Sebab bukan semua adapter sesuai dengan socket laptop, tambah adapter universal, lagi lah belambak2 kepala dia bagi kat kita masa beli, tapi saranan is kalau nak kasi laptop ok bila pakai adapter, remove bateri laptop, bawah laptop lapik kain kapas gebu......(lembut) bagi memudahkan grounding dia supaya tak leaking electrik, panas atau tidak laptop memang panas, kalau ada skrudriver kecik yang muat ke skru dibawah laptop tu, kasi bukak chasing laptop pastu ambik berus cat yang baru tak pernah digunakan lagi, cuci habuk around kipas overheat cpu dan exos dia, bila habus clear panas bukan lagi masalah.

    iskandarX Society

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brand Martech. Sebelum ni guna jenama tu (banyak kepala) tp rosak lepas 2thn lebih guna tu sbb beli baru tapi jenis satu kepala pulak.

      BTW, thanx tips atasi overheat tu. Part tanggalkan chasing tu sangat mencabar dan perlu kesabaran yang tinggi sebab kena barai habis. Haha.

      Delete
  9. salam. dah lama tak datang. busy. busy.

    laptop saya selalu terpadam. tapi sebab panas sangat.
    then, saya gatal2 pergi guna ubuntu. dah tak boleh uninstall sebab takut windows pon padam jugak. tunggu nak format jer.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.