Header Ads

Diagnos Punca Laptop Tiba-tiba Terpadam

Masalah Acer Aspire 4730Z yang saya cerita sebelum ni belum selesai. Beberapa ujian diagnostik dijalankan tapi masih belum dapat dipastikan 'penyakit'nya. Hantar je ke kedai komputer kan senang? Tidak! Terlalu awal untuk menyerah kalah. Banyak lagi usaha boleh dilakukan sebelum hantar ke kedai. Kalau boleh saya nak Aspire 4730Z ni pulih dengan usaha sendiri.

komputer rosak, laptop rosak, masalah komputer, masalah laptop, baiki laptop, repair laptop, servis laptop, laptop, komputer Pernyataan masalah:
Laptop tiba-tiba terpadam tanpa amaran. Tup-tup gelap je skrin. Macam takde elektrik, blackout. Masa terpadam pula tidak konsisten; kadang-kadang lima minit selepas ON laptop, kadang-kadang selepas sejam dua ON laptop. Kadang-kadang tu seharian dibiarkan OK pulak, langsung tak terpadam. Gejala shutdown tiba-tiba ni menjadi-jadi bila buat kerja. Guna Photoshop dia terpadam. Transfer gambar ke external hard disk pun terpadam jugak! Tak ke sakit hati? 

Antara kemungkinan punca masalah:
  1. Overheat (panas melampau)
  2. Hard disk rosak
  3. Salah setting 'Power Plan'
  4. Windows kucar-kacir
Overheat
Panas melampau. Ini yang pertama terlintas dalam kepala sebab pernah mengalami. Mungkin kipas CPU berhabuk. Tapi rasa macam baru je servis kipas CPU, buang habuk-habuk yang melekat. Check suhu tak panas mana pun rasanya, jari pun tak lecur.
Keputusan: Bukan disebabkan overheat

Hard disk rosak
Selalu hard disk yang bermasalah akan berbunyi 'pelik'. Tapi ni senyap dan lancar je. Takde rasa getaran yang kuat pun. Masa boot laptop pun tak tersangkut (hang) sampai susah nak ON. Bad sector pun takde.
Keputusan: Hard disk OK lagi

Salah setting 'Power Plan'
Check juga mana tahu kalau-kalau ter'set' hard disk shutdown dalam 1 minit apabila tak digunakan. Check setting... biasa je. Tak mungkin. Lagipun masa laptop ni terpadam tidak konsisten, sesuka hati dia je terpadam. Kalau masa dah ditetapkan mesti masa terpadam tu konsisten je, kan?
Keputusan: Setting 'Power Plan' OK.

Windows 7 kucar-kacir
Mungkin Windows 7 dah huru-hara sebab lama tak format. Macam-macam dah install, uninstall, download. Format... punnnnnn terpadam jugak bila buat kerja.
Keputusan: Bukan masalah Windows

Ringkasan:
Setelah beberapa pemeriksaan dijalankan sendiri, belum jumpa punca sebenar kenapa laptop Aspire 4730Z saya terpadam sendiri tiba-tiba. Harap-harap tidak berkaitan dengan kerosakan papan litar atau komponen dalaman. Itu bukan penyakit biasa dah, itu dah jadi kanser. huhuhu. Korang ada yang berpengalaman berdepan dengan masalah ni?

35 comments:

  1. sama dengan laptop acer saya..tapi bila dah install antivirus baru okk pulak...sekarang nie macam overheat pulak..balik rumah nanti ingat nak cek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali kena servis kipas tu supaya tak overheat. Habuk.

      Delete
  2. owhh, sy bukan pengguna laptop acer. nasib lah. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, terselamat eik. Hehe. Guna laptop jenama apa yep?

      Delete
  3. saya pun guna laptop jenis ni, dulu selalu juga shut down sendiri dan kdg2 keluar blue screen, katanya orang berpengalaman, itu mungkin virus..hmmm, bila install antivirus ok balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh. Thanx kongsi pengalaman. Leh jadikan panduan kalau terkena gak.

      Delete
  4. adapter dah check? psu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lappy lama aku mcm tula. brand acer juga. rasanya motherboard ko dh rosak. dah berapa lama pkai laptop tu?

      Delete
    2. Dah lima tahun, dari 2008. Motherboard? Huhuhu, kalau itu yg rosak takde harapan lagi gamaknya.

      Delete
  5. bukan masalah grafik cukup ke? Aq punya dua leptop yang blackout hahah
    satu je masih berfungsi dengan baik.. salah seorang pengguna Acer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Grafik intel, sharing. Ni tgh buat ujikaji lagi apa masalah sebenar dia. Ujikaji overheat dalam proses, guna software.

      Delete
  6. Assalamualaikum, cuba awak bersihkan ram dia.. mngkin ram dia kotor tu yg masalah tu.. lg 1 kalau blh pkai kipas external yg letak bwah laptop tu.. kalau tk blh jgk kna bwak pg kdai komputer je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAM belum cuba bersihkan sebab dia takde bunyi 'bising'. Akan dicuba nanti. tQ. :)

      Delete
  7. Mungkin motherboard atau processornya terlalu panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun fikir camtu. Bila semak guna software OK je suhunya. Tapi ada kemungkinan bacaannya tak tepat sebab masalah-masalah lain.
      *Sedang memastikan processornya panas sangat atau tidak. Terima kasih.

      Delete
  8. overheat tu..sebab saya py laptop pon macam tu juga..bersihkan kipas,tambahkan heatsink compound(thermal paste) pada processor..ram perlu digosok juga..kalau semua dah buat boleh masuk windows,try download software prime..tq

    ReplyDelete
  9. overheat tu..sebab saya py laptop pon macam tu juga..bersihkan kipas,tambahkan heatsink compound(thermal paste) pada processor..ram perlu digosok juga..kalau semua dah buat boleh masuk windows,try download software prime..tq

    ReplyDelete
  10. Laptop sy pun bermasalah gak. Bila on bunyi mcm bising. Blh dgr bunyi kipas dah tak smooth. Pastu cepat panas pulak. Tapi tak pernah lagi ter-shutdown sendiri. Tak suka ah bila cpt panas tmbh lg bunyi bising tu. Nak try bersihkan dlm tu xdpt. Bila dh buka skru semua tak dpt buka sebab masih ada yg terlekat. Tak berani nak truskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan model laptop susah nak keluarkan kipas dia. kena tanggal habis. Itu yang sakit dibuatnya. huhu.

      Delete
  11. Acer ni problem dia chipset je cpt pnas

    ReplyDelete
  12. adoyaiiiii...mengalaminya sekarang....tengah sedap2 buat assignments bagai....blackout tetiba...aduhhh....nak buat mcm mane ni??? :'(

    ReplyDelete
  13. Laptop saya pon baru jadi mcm tu tadi.. tengah2 tengok movie, tibe2 je screen jadi gelap. Nak kate panas, tak pon.. huhu. On balik, tak keluar ape2 pon.. baru fes time jadi ni. Tak taw bak buat apa dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Camne sekarang laptopnya? Jumpa dah punca masalah?

      Delete
  14. Laptop saya Asus ...masalah utama yang kerap berlaku adalah bluescreen ..xtahu la apa puncanya...tengah2 buat keje,layan movies n gaming..tiba2 jadi bluescreen... anti-virus dah install...dah full scan..tapi xde pun virus detect... masih mencari apa punca penyebab Bluescreen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bluescreen?
      Mungkin konflik drp software yg baru install; atau,
      masalah hardware seperti RAM atau harddisk.

      Delete
  15. Sya sleepkan notebook Acer saya..
    Tup2
    Saya on x bole..
    Kenapa ya?
    😢😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kali 'sleep'kan terjadi hal begitu atau terus mati tak boleh on dah sekarang ni?

      Maaf lewat respon. Lama tidak semak komen.

      Delete
  16. Salam bos, nak tanye laptop sy terpadam dan adapter terus rosak. Sy pinjam adapter member pastu laptop boleh on tapi bile gune xlame tu die padamsendiri .bole bagi pendapat sikit tak tntang masalah ni.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali. Berkemungkinan bahagian supply power masalah. Mungkin juga terlalu panas, pengedaran udara terganggu (berhabuk dsb) menyebabkan laptop terpadam sendiri.

      Delete
  17. haha..knpe nie laptop tba2 trpdm..bru jer 20 mnt on.lps tu cpt pns.knpa errr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tu bila on semula cepat terpadam tak? Mungkin kipas berhabuk sangat dah tu.

      Delete
  18. Macam mana, dah dapat punca sebenar ka laptop tu?

    ReplyDelete
  19. Cuba cabut semua skru ..pas tu idupkan Tanpa bateri mungkin masaalah short ground kat motherboard kot.

    ReplyDelete
  20. Sy pon jdi mcm tu. Dah xtau mcm mana nak buat

    ReplyDelete

Powered by Blogger.