Balik kepada tajuk kita!
Sehari dua ni sibuk buat ujikaji kat laptop Aspire ni. Uji samada overheat (terlalu panas) atau tidak sampai laptop terpadam sendiri. Ujikaji lain pun buat jugak sebagaimana yang korang sarankan dalam entri "Diagnos Punca Laptop Tiba-tiba Terpadam". Terima kasih atas segala saranan korang. Ramai juga pernah hadapi masalah yang hampir serupa.
Apa yang boleh anda jelaskan atau ramalkan melalui data-data ini? Bincangkan. Hahaha. |
Ambil keputusan guna adapter Acer satu lagi. Cucuk external hard disk sambil transfer fail, sambil main game empat jam. Takde tanda-tanda pun mahu padam. Kesimpulan awal, adapter third party yang saya baru beli hampir sebulan lalu bermasalah. Uji pulak adapter baru kat laptop Acer lain, pun terpadam! Sah adapter tu punca laptop kerap terpadam. Mungkin adapter rosak atau tak cukup kuasa, 65 Watt. Masa PC Fair hari tu nak beli kuasa yang lebih tinggi takut terbakar lak laptop. Tak pasti berapa kuasa yang diperlukan. Agaknya 65 Watt ni standard netbook je, kut? Ke camne... Korang ada pandangan?
19 Comments
ouhh ini ke rupenye kenapa laptop senang terpadam?... hurmmm...kene anta baiki lah gni tq for the info
ReplyDeleteSelalunya laptop terpadam sebab overheat, pengudaraan dia terganggu sebab habuk terkumpul. Tapi laptop saya terpadam sebab lain. :)
Deletelaptop ustz trpdm sbb ape tu???
DeleteAssalamualaikum,
DeleteIklankan barangan yang ingin dijual atau perniagaan anda atau bertukar laman web anda di www.produkmuslim.info
Daftar segera ia percuma
Terima kasih
aah mmg kalau panas, xlaratnya..sama je ngan manusia..
ReplyDeletekalau panas baran camne? Heehe.
Deleteboleh jadi sebab dalam tu dah berhabuk...kotor..dlu latop sya buka brapa minit dah padam sndri..antar dengan kawan,,kawan kata sebab habuk
ReplyDeleteselalunya begitu tapi laptop saya lain sikit lak penyakitnya. :)
DeleteWah! dah jadi pakar computer pulak ye :)
ReplyDeleteHaha... Hobi lama, godek2 komputer. :p
Deletegud info la incek ibnuismaini...hehe
ReplyDeletetQ cik Aya. cerita apa yang saya hadapi je.
Deleteassalam,
ReplyDeleteselain dari sbb berhabuk , apa lagi sbbnyer terpadam sendiri ek?
Wassalam
DeleteMungkin juga disebabkan:
-masalah hardware seperti hard disk
-motherboard rosak
-power supply rosak / adapter
dlm photography pandai,dalam komputer pun pakar jugak. :)
ReplyDeletekalau sy, hntr kedai jelah. btw, thank u tolong sy hr tu. ^^
Sama2, Lyana. :)
DeleteTahulah sikit-sikit, expert tu tidak. Hee~ Suka explore sendiri.
ahaaaa, laptop suka padam erkk pakai adapter jenis apa? Maksud is brand apa?
ReplyDeleteSebab bukan semua adapter sesuai dengan socket laptop, tambah adapter universal, lagi lah belambak2 kepala dia bagi kat kita masa beli, tapi saranan is kalau nak kasi laptop ok bila pakai adapter, remove bateri laptop, bawah laptop lapik kain kapas gebu......(lembut) bagi memudahkan grounding dia supaya tak leaking electrik, panas atau tidak laptop memang panas, kalau ada skrudriver kecik yang muat ke skru dibawah laptop tu, kasi bukak chasing laptop pastu ambik berus cat yang baru tak pernah digunakan lagi, cuci habuk around kipas overheat cpu dan exos dia, bila habus clear panas bukan lagi masalah.
iskandarX Society
Brand Martech. Sebelum ni guna jenama tu (banyak kepala) tp rosak lepas 2thn lebih guna tu sbb beli baru tapi jenis satu kepala pulak.
DeleteBTW, thanx tips atasi overheat tu. Part tanggalkan chasing tu sangat mencabar dan perlu kesabaran yang tinggi sebab kena barai habis. Haha.
salam. dah lama tak datang. busy. busy.
ReplyDeletelaptop saya selalu terpadam. tapi sebab panas sangat.
then, saya gatal2 pergi guna ubuntu. dah tak boleh uninstall sebab takut windows pon padam jugak. tunggu nak format jer.