Header Ads

Isu Pegang Anjing, Bela Anjing

anjing, najis, haram, mughallazah, berat

Dari semalam orang duk sebut-sebut pasal anjing,
Halal, haram, najis, sertu, samak, basah, kering,
tak henti-henti dah jadi trending,
ramai orang Melayu bising,
sebab perkara ni perkara asing,

Anjing tu sejenis haiwan bukannya setan,
dia pun makhluk yang Allah jadikan,
tak boleh suka-suka kita nak 'kerjakan',
tak kacau kita selamba je jalan,
tak perlu pukul, baling dengan batu-batan.

'I want to touch a dog',
bukan macam masalah berak pastu cebok,
nak hilangkan rasa takut perlu ke sampai berpeluk2?
takut nanti lama gosok timbul rasa syok,
nak bela satu main kejar-kejar main sorok-sorok.

Ini soal najis mughallazah bukan najis mukhaffafah,
boleh ambik air percik-percik selesai sudah,
mesti 7 kali basuh dimulakan dengan air tanah,
dah bersih suci barulah boleh buat ibadah.

Nak jaga, jaga... tapi jangan letak dalam rumah,
Takut nanti setiap hari hilang 1, 2 qirath pahala pula,
Nak bela biar ada sebab musabab munasabah...
nak jaga kambing, lembu, kebun, ladang getah.

Satu hal suka aku nak ingatkan,
Kita ni hidup komfom ada jiran,
bukan suka-suka hati kau boleh buat keputusan,
selesa dan hak jiran mesti diutamakan,
bukan ko sorang je yang hidup kat dunia ni, kan?

Ibnuismaini
20141020
12.30

1 comment:

Powered by Blogger.