Header Ads

Tangkap Ular

Tengah berbaring cari idea, sekali emak memanggil-manggil cemas. Masa tu dia sibuk kat luar menyapu mengemas.

"Kenapa?"
"Ular, ada ular!" Ular?! Pantas bangkit terus capai raket. Kalau ketuk kepala dia mesti sakit!

"Mana dia? Mana, mana?" Panik tapi saja tunjuk terer. Manalah tahu ular tu jenis berbisa.
"Tu, atas tembok sana. Celah-celah pasu bunga." Nampak anak ular sawa melingkar selesa. Sedap tidur macam letih berpuasa.

"Apa kita nak buat?"
"Tangkap. Seorang tolak guna kayu, seorang tadah plastik kat sebelah sana tu." Pantas idea menerpa.

ular, ular sawa, anak ular, ular sawa batik, python
Tidur - kekenyangan atau letih berpuasa bang?
Emak tak berani. Dia panggil jiran lelaki. Dia pun sama tak berani, tapi datang jugak sebab nak selamatkan bumi. (Bumi??). Guna plastik takut ular gigit jari. Tukar, guna tong sampah - lebih besar dan tinggi.

Kiteorang masuk dari rumah jiran sebelah. Perlahan-lahan tarik selak pagar. "Eh, mintak izin dulu tak?" Anjur jiran tadi tu. Bagus dia, tahu jaga adab jiran tetangga. "Takpe, ini darurat. Takut nanti dorang panik rasa tak selamat."

Bertindak pantas dan cepat. Dapat tangkap terus tutup tong rapat-rapat. Lepas tu tak tahu apa nak dibuat. Ambil kamera tangkap gambar sekeping dua. Dia telefon kawan... katanya budak veterinar. Sementara menunggu, budak-budak orang tua datang nak tengok ular sawa.

Anak je...

ular, ular sawa, anak ular, ular sawa batik, python
Hai..!
ular, ular sawa, anak ular, ular sawa batik, python
batik

Kalau anaknya ada, emaknya mana?
?
??

9 comments:

  1. mak mesti ada dekat2 situ jugak tu...uihhhh takut tengok ular tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat sgt dan hampir2 terpegang ingatkan kain buruk ke apa. Hu3.

      Delete
  2. alamak! takut tengok... gambar punya la besar.. terkejut sheila tengok.. hehhehee... geli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sisik dia, kan? Hee~ Gambar zoom dekat tu lebih kurang saiz sebenar dia.

      Delete
  3. eeii, mak dia mesti ada dekat2 situ lagi kut..

    ReplyDelete
  4. arghhh!!! geli lvl nk mati T_T

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.

    Hotlink satu

    iskandarx[dot]com

    ReplyDelete
  6. huish.... anak pon besar gak...
    kalo mak dia ???? hurmm...
    tp kan serious ular tu cute.....

    ReplyDelete
  7. Mak dia mesti tengah merayau carik anak yang hilang -.-'

    ReplyDelete

Powered by Blogger.