Header Ads

Kool Fever Tradisional

Baby demam terperanjat

Semalam budak ni demam. Terperanjat barangkali.
Tengah-tengah malam Tahun Baru Cina,
ketika semua mata sudah kuyu dan layu.
Tanpa siren, tanpa amaran.
Bergegar rumah, tetiba! Betul-betul depan rumah.
Haru dan bingit dengan letupan mercun.
Bukan mercun bola. Entah mercun apa.
Gila kuat bunyi, macam bom C4.

Cis, tak puas hati aku.
Mana dorang dapat mercun camtu? Nak gak satuuu!!!!

Baby demam terperanjat 2
Macam selalu, sumbat dalam mulut
Nampak tu, atas kepala masih ada 'Kool Fever'. Kool Fever buatan tangan neneknya. Diperbuat daripada sapu tangan lembab. Bila tidur, boleh lipat-lipat dan letak atas dahi. Bila jaga, tebar dan letak atas kepala. Fleksibel dan tradisional. Haha.

Nota: Hari ni demam dia dah kebah. Dah mula ceria. Apa lagi, pakcik dia ni ajak photoshoot.

22 comments:

  1. bagus3x tanpa perlu mengeluarkan duit, hanya perlu gunakan air je

    ReplyDelete
  2. haha terbaik la coolfever nenek, jimat lagi tu :)

    Anak ke brape ni? Comel sgt, bulat =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jimat sgt.
      Ni anak sulong adik perempuan saya, merangkap anak buah saya yang 1st.

      Delete
    2. Ohoo kisahnya, adik umo brape?

      Delete
  3. hahaha... berjimat cermat amalan yg mulia.. XP.. tetiba lak... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Gunakan 'ubat' yg ada di sekeliling.

      Delete
  4. comel je pic yang sumbat bola dalam mulut.. :)

    ReplyDelete
  5. dulu2, time kecik2, kepala tu dibasahkan dgn rendaman air daun bunga raya. mujarab. kebah demam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh... Terima kasih share petua ni. :)

      Delete
  6. mmg cara tradisional.. jimat2.. cuma gunakan air je ;)
    kalau nak beli cool fever kat kedai, mhl.. hehe

    ReplyDelete
  7. hahaha jangan nenek style..mas nya style macam ni je..kalau adik mas demam mas buh..kalau mas sndri demam,mas buh sendiri..hahaha..

    ReplyDelete
  8. cool fever tradisional mmg menjadi kann..

    ReplyDelete
  9. Alaa ingat baby kamu bro . hihi.
    Comel sgt ~ <3

    Klu da jumpe mercun ape tu bg sket ! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan la, Min. Kena kawen dulu baru leh ada baby sendiri. ^_^

      Delete
  10. haha teringat plak zaman kecik2 bile demam jer mak buat kool fever tradisional macam nie..haha memang berkesan..alhamdulillah..comey anak buah :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat kool fever pastu buat bubur. fuh... hehe.

      Delete
  11. comelnya pipi dia tembam.. sian dia ea demam terkejut.. Dulu2 memang selalu pakai kool fever buatan sendiri nie.. macam2 versi kain ada. haha.. ada pooh, ada love2. Moga cepat sihat sayang.. :) ce tanya jiran tu guna mercun jenama apa? untung2 dia bagi free.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, ada love2... lebih berkesan tu sbb nanti love meresap masuk dlm kepala. hihih.

      Delete

Powered by Blogger.