Sedang Cari Pengganti Speedlite YN467

Sudah tiba masa saya cari pengganti speedlight / speedlite Yongnuo YN467 yang dah 'arwah' sebelum hari raya Aidilfitri lepas (1433H) kerana terlibat dengan kemalangan DSLR yang teruk. External flash third-party tersebut telah mengalami cedera parah dan disahkan meninggal ditempat kejadian manakala body Nikon D5100 hanya mengalami luka-luka dan cedera ringan. Apa aku merepek ni??

External Flash Speedlight/ Speedlite YongNuo 467
Arwah Yongnuo Speedlite YN467
Mula-mula nak cari model yang sama je sebab bajet rendah tapi dah tertarik dengan model lain pulak; Yongnuo YN468 II. "Beli YN468 II. Ni lagi best, lagi latest daripada YN467," goda pemilik kedai semalam dalam laman sosial Facebook. Lepas dia syorkan model tu, terus search gambarnya nak tengok kacak tak YN468 II nak digandingkan dengan Nikon D5100.

Lagi best, harganya pun best jugaklah, kan? Terpengaruh punya pasal, bajet untuk aksesori lain terpaksa ditarik sikit. Nak beli Nissin Di622 Mark II masih belum mampu. Takpe, takpe... satu hari nanti.
Speedlight / Speedlite Yongnuo YN468 II flash
Beginilah rupa Speedlite Yongnuo YN468 II. Kacak, kan?

Korang yang ada DSLR belilah satu external flash... paling tidak pun flash third-party yang murah, gempak sikit. Boleh putar-putar. Hebat gila, beb! Hahaha. Ada ke beli flash sebab nak nampak gempak? Beli sebab perlukan pencahayaan yang lebih baik berbanding guna pop-up flash.

Post a Comment

5 Comments

  1. lepas ni mesti gambar bertambah cantik....

    ReplyDelete
  2. hebatlah....semakin smartlah gmbr..:D

    ReplyDelete
  3. Tak mampu lagi nak beli.. kalau pasang kat kamera digital boleh tak? haha.. lepas nie gambar2 ibnu bertambah awesome lah ea. :)

    ReplyDelete
  4. hebatlah gadget skrg.. nnt smkin cantiklah gmbr capture ;)

    ReplyDelete