Header Ads

Official Photographer Beginner

"OK gambar?" ujar seorang brother  Canon.

Saya yang sedang membelek-belek hasil tangkapan gambar pernikahan tadi berhenti seketika. "Err, gelap sikit."

"Saya guna ISO tinggi tadi, seribu lebih."

ISO...! Betullah! Tinggikan ISO sebab environment sedikit gelap. Cahaya lampu kalimantang dalam masjid tersebut tidak cukup terang.

"Fast lens?" Kali ini saya pula yang mengaju soalan walaupun pada masa itu tidak faham apa itu fast lens sebenarnya. Main belasah je sebut sebab dengar bunyi shutter dia sangat laju (laju=fast) walaupun tidak menggunakan bantuan flash.

"Biasa je."

Lens saya lagi biasa kut, kit-lens. Masa tu rasa nak sorok je kit-lens saya tu, nampak sangat tak pro.

"Lama dah buat job ni?" brother Canon tu menyambung perbualan.

"Takdelah. Ini kali pertama. Pengantin perempuan minta tolong, kami kawan." Baru empat bulan lebih guna D5100 ni, apa sangatlah kemahiran yang saya ada. "Abang memang ambil job camni?" Saya menambah.

"Tidak juga. Saya pun belajar lagi. Hobi," jawabnya.

Yeke? Nampak macam pro, rileks je cari sudut tadi.

-------------------------------------------

Itu antara cerita pengalaman pertama saya jadi Official Photographer secara rasmi baru-baru ini atas permintaan seorang rakan.



2 comments:

  1. pnh gak jdi, tp ms tu cuak je.hihi

    ReplyDelete
  2. @LoveBug: Cuak, kan? Saya menolak tapi pengantin beriya2 minta. Nak tak nak buat research sikit.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.