Lens Dahulu Baru Handphone

Keputusan sudah dibuat, lens didahulukan handphone dikemudiankan.


Saya baru grab lens Nikkor 50mm F1.8D untuk D5100 ni walaupun handphone saya diisytiharkan nazak dalam entri beberapa hari lepas. Handphone penting, lens pun penting juga. (Macam jurugambar profesional pulak sampai lens pun jadi sesuatu yang sangat penting, padahal amatur je).

Sebenarnya sebulan dah rancang nak grab prime lens. Siap-siap buat reserch dulu pasal lens ni; baca review, cari testimoni pengguna, kenal-kenal jenis yang ada di pasaran. Survey harga kat mana-mana tempat yang sempat. Timbang-timbang kemampuan sendiri untuk ambil lens yang ada motor atau sebaliknya.

Dalam pada merancang tu, tiba-tiba handphone pula buat hal. Tangguh dahulu? Tak boleh!!! Lens dahulu baru handphone! Lagi pula saya bukan suka sangat dengan handphone. Annoying sungguh bila dia berdering. ha3.
Nikon D5100 dengan kit-lens

Gambar D5100 dengan kit-lens atas tu bukan saya snap, ambil daripada laman Nikon Malaysia. Nak snap guna kamera digital kompak takde pula sekarang.

So, dah ada lens baru ni...! Siapa nak jadi model saya? Jom photoshoot! Hehehe.. (berlagak macam pro je, kan)

Post a Comment

13 Comments

  1. camera lg penting berbanding hp sbb dapat merakam gambar yg x akan sama seperti asal. Hehehehe..

    ReplyDelete
  2. wahhhh....!! =D
    -sy kena kumpul duit dulu, hehe-

    ReplyDelete
  3. eyhhh thts mineeeee!!!!!! like camera ni sgt2 hehe

    ReplyDelete
  4. was thinking nak cari close-up filter pasni :D

    ReplyDelete
  5. @Azekzk: kamera merakam kenangan. kenangan itu tidak ternilai. kalau hP siap kamera OK gak. :)

    @eLLa: kumpul cepat2, grab yg profesional punya. :D

    @ch000tz axoera: close-up filter lak? shoot semut? pinjammmmm.... thehehe...

    ReplyDelete
  6. Setiap Gambar Ade lagu nye heeee :)

    ReplyDelete
  7. ngan kamera leh wat duit buat beli handphone baru....hehehehe

    ReplyDelete
  8. Annoying sungguh bila dia berdering..lawak ayat 2..kcian nset..xpe..lpas nih bli iphone trus..dah x annying bila b'dring nnt ;D

    ReplyDelete
  9. sebab lens for 55mm -300mm close up dia tak cunnn >_< heheh

    ReplyDelete
  10. nanti nak pinjam yerr bro ;-)
    aharkk..!

    ReplyDelete
  11. saya takdak dslr
    saya ada nikon coolpix p300 yang mantap :)

    ReplyDelete
  12. @Sha: ..dan setiap lagu ada penggubahnya. :)

    @Positif_Man83: Setuju dgn respon tu! buat duit dgn kamera, tapi saya tak pro. sobs, sobs...

    @A.I.N.S.Y.A.H: hehe, sometimes annoying gak la handphone tu.

    @ch000tz axoera: 50-300mm? Jauh lens tu boleh zoom. Pinjammm!!

    @Ajeyy Rawk: prime lens yg pertama ni, bagi saya masa fikir dulu boleh? thehehe ;))

    @sis92: Nikon coolpix, sedara mara ni...

    ReplyDelete