Aidiladha: Mode suspen


Intro slideshow ala-ala trailer filem thriller untuk program sambutan Aidiladha anjuran BKKIMM kelmarin, MATHAA.

Rancang buat sekadar suka-suka untuk kenangan sebelum balik Malaysia. Kemudian teringatkan program persatuan malam tersebut, ada tidak agaknya 'slideshow diari aktiviti'? Berkebetulan belum ada dan diperlukan, saya pun tukar plan asal... buat untuk tontonan lebih ramai orang pula. (Intronya sahaja ni, isinya (part 2) belum dimuatnaik ke youtube).

Bertapalah saya di satu sudut gua bilik menyiapkan slideshow kerana kesuntukan masa. Sengaja menyusahkan diri tapi, ada kepuasan di situ. (Nasib baik sempat siap sebelum slot slideshow muhasabah tamat.)

Memilih konsep berunsur suspen untuk intronya supaya orang yang lihat ingin tahu apa selanjutnya. Mungkin pada fikiran saya sahaja yang nampak begitu, tidak pada orang lain. Apa-apa pun, layannn...


p/s:
- Maafkan saya, kawan-kawan kalau saya sangat tidak mesra dengan kalian semasa sedang menyiapkan video tersebut. Terlalu fokus dan tidak mahu diganggu. Saya memang begitu. Harap difahami.
- Maafkan saya, penghuni tetap dan sementara syaqah 3-2 Wisma Seri Melaka sebab tidak dapat ambil bahagian tolong-bantu siapkan menu pertandingan memasak pada hari tersebut. Apa-apa pun, kita pemenang overall terbaik.
- Minta maaf juga atas mesej yang sangat lambat saya reply.
- Minta maaf kepada pembaca blog saya sebab saya jarang update. -__-
- Minta maaf, minta maaf, minta maaf... (bermaaf-maafan)

Post a Comment

0 Comments