Header Ads

Kenapa Aku Diuji?

Kenapa aku diuji?

ALLAH SWT menjawab:
"Apakah manusia mengira, mereka dibiarkan menyatakan "kami beriman", sedangkan mereka itu belum diuji?"
ALLAH datangkan ujian semata-mata ingin menguji KEIMANAN kita, DIA hendak melihat bagaimana IMAN kita. DIA ingin lihat adakah kita ingat bahawa DIAlah tempat meminta pertolongan.

Ujian itu datang dalam pelbagai rupa dan ketika. Kita tidak tahu dalam bentuk apa ia datang, bila ia datang, dari mana ia datang. Kita selalu mengganggap perkara yang kita tidak senang itu adalah ujian. Terkadang kita lupa, perkara yang menyenangkan kita juga adalah ujian.

ALLAH uji kita tanda DIA sayang kepada kita. DIA tak mahu kita jauh daripadaNya. Apabila kita diuji, kita akan mencari tempat untuk berpaut, tempat mengadu nasib. Jangan kita lupa, sebaik-baik tempat berpaut dan meminta kekuatan adalah ALLAH. Apabila kita kembali kepada ALLAH, kita jadi REDHA. Itu tanda ALLAH sayangkan kita.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
"Jangan kamu berputus asa dari rahmat ALLAH, sesungguhnya yang berputus asa itu adalah mereka yang kafir." (Surah Yusuf, ayat 12)
Jadi, kenapa aku, kau, dia, dan kita diuji barangkali? Fikir-fikirkan.

No comments

Powered by Blogger.