Header Ads

Eh, eh... Mereka minum apa tu...??

Apa reaksi pertama korang sebaik melihat gambar di bawah ini??

Image

Nampak gambar atau adegan kat atas tu? Korang nampak tak?
Apa agaknya yang terlintas dalam fikiran korang, sebaik melihat gambar tu?
(tengok semula gambar)

Tu gambar seorang lelaki dan seorang perempuan bertudung sedang minum
sejenis minuman dengan beberapa biji botol minuman tersebut menjadi fokus utamanya.

Mereka minum apa agaknya tu, kan?

Tengok balik gambar tadi semua.... Gambar tu diambil dalam satu pameran di negara kita, Malaysia.
Cuba bayangkan ok? Bayangkan suasana masa tu...
Bayangkan korang saja lalu atau tak sengaja berada kat situ.
ok.... Macam mana suasana PAMERAN? Ada ramai orang.....kan?
Sedang sibuk tengok apa yang ada kat sana tiba-tiba korang terlihat adegan macam dalam gambar tu...
Tengok semula gambar supaya lebih jelas khayalan korang tu.


Ok, sekarang pusatkan pemerhatian korang kepada botol merah dan hijau atas meja diaorang... botol-botol tu macam sedikit 'pelik' dan 'menarik', kan?
Persoalannya, botol apa tu? fikir
Jawapan korang?

Belum nampak sangat?
Ok, sekarang mari kita tengok pulak gelas-gelas yang ada atas meja tu... nampak tak apa ada dalam gelas tu? Ada air... Warna macam air teh, siap buih-buih lagi... Berbuih-buih... Nampak tak? Sama kan macam yang perempuan tu minum?
Persoalan lagi, AIR APA dia minum tu?? fikir

Biasanya adegan macam ini kat mana berlaku?

Ok sekarang... apa respon korang? Sebarang respon yang terlintas dalam kepala tu...


7 comments:

  1. hah.. yg terlintas...
    mcm.... minum arak pun ade..
    wallahu'alam.. ntah la..
    air ape tu eh?? mnjadi persoalan..

    ReplyDelete
  2. Sejenis minuman malt yang disahkan tidak beralkohol, jenama Istak. Keadaan rupanya buat orang rasa sangsi, kan?

    ReplyDelete
  3. erm cam tak caya je kan... memang dah betul2 disahkan ke minuman tu tak beralkohol?

    ReplyDelete
  4. xde lain yg terlintas ni...arak3!

    ReplyDelete
  5. X silap istark ni bukan minumam al cohol...cuba google..x pasal2 buat fitnah nanti mcm mana nk minta maaf kat org tu..

    ReplyDelete
  6. Salam,,
    Ini sedikit pendapat saya...
    Renung-renungkan...
    Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, "Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka."(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    1. sanggupkah anda makan daging ayam disembelih tapi dibentuk menyerupai ****?
    2. bolehkah anda sambut aidilfitri tapi memakai baju santa claus?
    3. mengapa dibotol arak halal menyerupai arak haram? tak terkeliru ke dgn arak haram?
    4. forum halal ni tidak dipantau majlis agama ke?
    5. seksok bebudak sekolah minum arak haram pon org leh kata tu arak halal..nak wat camana dah rupa lebih kurang..
    6. apa komen Majlis fatwa?...

    Rasulullah SAW pernah memberi amaran keras kepada umatnya berkenaan gejala mengikut, meniru atau melakukan budaya asing melalui sabda Baginda bermaksud: Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia turut termasuk bersama golongan itu. (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

    ReplyDelete
  7. @anon: Fizikal Istak mcm minumn keras yg haram itu. ^_^

    @anon: Arak haram, arak halal? Maksud awk alkohol? (alkohol lbh umum drp arak). Setahu sy arak itu haram. :)

    BTW, sy suka sgt dgn yg no. 5 tu. Mmg itu yg sy fikir.

    thanx pendapat tu, bernas.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.