5 tazkirah daripada jari



Buat mereka yang mahu berfikir:

1. Letak tapak tangan atas meja/ lantai. Lihat jari-jari yang ada tu. Perhatikan jari kelingking, kecil dan kerdil bukan? Samalah macam manusia dan apa benda sekali pun, akan mula daripada kecil kemudian membesar, membesar dan membesar. Tidak kiralah kelak tinggi atau rendah. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa jua yang kita buat, semuanya bermula daripada kecil. Selain itu, kegagalan mendidik pada usia muda akan memberi impak yang besar pada masa hadapan.

2. Tengok jari seterusnya, jari manis. Boleh dijadikan simbolik kepada usia remaja, semuanya sweet.. manis... macam jari manis. Masa remaja yang penuh dugaan di samping semangat dan sifat ingin tahu yang bergelora dalam diri. Hanya iman dan takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

3. Tengok pulak jari seterusnya, jari yang paling tinggi, jari hantu. Ibarat alam dewasa. Pada usia 30-an kita sudah punya status, ekonomi dan kerjaya yang stabil tapi kita kena hati-hati sebab pada masa inilah banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu khianat, dan macam-macam hantu lagi. Kalau gagal kawal diri khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. Jadi, lipat gandakanlah ibadat, kuatkan jati diri.

4. Jari telunjuk - Jari inilah yang mengungkap Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali jari telunjuk tanpa alihkan tangan, tengok betapa gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan kepada jari-jari sebelum ini. Macam itu jugalah dengan kita, perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang bagus.

5. Akhir sekali, renunglah ibu jari sendiri. Besar/ gemuk dan pendek nak banding dengan yang lain TAPI...!!! Ia melambangkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Ada ibu jari semua urusan berlancar, kan? Bayangkanlah kalau takde ibu jari... nak gengam atau pegang sesuatu cukup susah! Nak pegang sudu pun susah! Cuba bayang dan renung-renungkan. Kepada generasi muda, nak buat apa-apa pun rujuklah orang tua/ berpengalaman. Kalau kita ikut nasihat dan petunjuk mereka, kelak kita boleh kata "good" atau "yes" sambil thumbs up (isyarat bagus), insya Allah, itulah rahsia kejayaan kita.


Perhatikan jari-jemari anda dan renungkan kata-kata ini sedalam-dalamnya.


p/s:
Diubahsuai oleh ibnuismaini daripada forwarded e-mel.

Post a Comment

0 Comments