Header Ads

Puasa masa kecik-kecik dulu.

Busu: "Esok puasa ke emak?"
Emak: "Ye, esok dah mula puasa."
Busu: "Tak bestlah macam tu."
Emak: "Kenapa pulak?"
Busu: "Yelah, bila puasa... tak dapat makan. Lapar."
Emak: (diam)
Busu: "Tapi kan...puasa pun best gak."
Emak: "Best pulak?"
Busu: "Yelah, bila puasa boleh dapat duit. Best tuuu..."
Emak: (senyum-senyum)

Teringat la pula zaman kanak-kanak bila dengar perbualan tu. Kecik-kecik dulu antara takrif bulan puasa ialah bulan untuk dapat duit lebih. Caranya... puasa! Makin banyak hari puasa penuh, makin banyak duit. Tu baru bulan puasa, masuk bulan raya nanti? Wah, makin kaya! Berlumba-lumba dengan adik siapa puasa lebih banyak. Masa tu puasa sebab duit.

Makcik-makcik pernah cakap, siapa tak puasa tak boleh raya. Kalau tak boleh raya maknanya, tak dapat duit rayalah? Dan tak kaya? Wah... maka dengan itu kena puasa! Huhu.. Tapi bila dah 2,3 kali bulan puasa datang... bila ayat yang sama diulang, aku pandai menjawab...puasa ke tak puasa ke, bulan raya datang jugak. Budak-budak tetap dapat duit raya, siapa kata tak boleh raya? Orang besar yang tak puasa penuh boleh je raya? Kenapa budak-budak tak boleh pulak? Tak ke terkebil makcik dengar? Ahah. Masa tu aku hairan kenapa perempuan boleh cuti. Lama pulak tu. Tak aci! Lelaki pun puasa kenapa takde cuti?

Itu dah kira hujah untuk mengelak puasa tapi aku puasa jugak sebab masa tu rasa macam dah besar, malu je kalau tak puasa. Budak yang lebih kecik dari aku boleh puasa takkan aku yang lebih besar tak boleh puasa? Tak dapat duit pun takpe. Kat sekolah ustaz ustazah selalu cakap... ikhlas... ikhlas... Kadang-kadang cikgu tanya dalam kelas, siapa puasa penuh... siapa 29 hari je, siapa 28, 25, 20 bla bla bla... Kalau sikit je bilangan hari puasa, tak ke malu je? So, kenalah puasa sebanyak mungkin. Puasa sebab manusia.

Dulu bila tak tahan lapar, cakap kat mak... Nak makan, tak tahan. Mak akan soal selidik, tengok tahap mana kesahihan kenyataan tu, kalau diberi kelepasan baru boleh batalkan puasa. Tapi susah nak dapat kelepasan. Bila macam tu, curi-curi buka peti sejuk, ambil air...teguk. Tapi kantoi. Lepas dah kena tu, bila rasa nak berbuka, nak excuse, kena cakap kat mak. Minta izinlah kiranya... kalau tak... siap! Boleh mati! Haha. Bila dah macam tu peluang untuk berbuka lagilah tipis, sebab mak akan buat post-moterm habis-habis. Kena fikir sendirilah, larat ke tak larat ni nak puasa? Kalau larat buat apa nak merengek berbuka, silap haribulan bukan dibenarkan berbuka tapi kena cubit kat peha. Curi2 makan? Jangan buat pasal, mak ada cakap kalau mak tak nampak... Tuhan nampak. Kalaulah kantoi dengan mak nanti? Mati!

Orang baru belajar puasa selalu je lupa yang orang puasa tak boleh makan minum. Kat sekolah ustaz ada cakap kalau terlupa takpe boleh teruskan puasa, puasa tak batal. Balik rumah bila rasa lapar, tak tahan, makan apa2 yang patut lepas tu cakaplah terlupa. Cara tu tak bertahan lama sebab mak boleh tau taktik tu. Lepas tu tak buat lagi. Tapi bila sampai satu masa betul2 lupa mak kata aku buat-buat lupa, jangan nak pura2... terpaksalah berbuka... Manalah tahu fikir panjang... sebab dah mak kita cakap puasa kita batal, takkan nak lawan? Nak kena cubit ke? Taktik nak dapatkan duit lebih walaupun tak berpuasa apa?!

Itu dulu... sekarang dah besar panjang, dah faham, kena puasa bukan sebab manusia, bukan sebab ikut2 je. Bukan juga sebab duit tapi sebab ianya WAJIB. Dan... lelaki takde hari untuk cuti puasa melainkan uzur syar'ie.


Moral of the story?
Siapa2 yang rasa dah besar panjang tu dan juga takde uzur syar'ie, janganlah pulak curi2 makan, curi2 berbuka, buat2 lupa. Perangai budak2 tu. Budak2 bersaiz kecil (tenaga dalam badan pun kecil) mampu tahan sampai waktu berbuka takkan kita yang bersaiz besar (tenaga dalam badan pun lebih besar) tak mampu nak bertahan? Takkan tak mampu dorong diri untuk terus bertahan. Perlu lagi ke cara dorongan macam kanak2? Kita beruntung tahan lapar setengah hari je, selama sebulan. Ada orang terpaksa berlapar berbulan2, bertahun... Bukankah kita patut lebih rasa bersyukur?

No comments

Powered by Blogger.