Belajar Jadi Street Photographer

Entri lepas aku tulis yang aku terlibat rombongan ke Kelantan dan Terengganu. Masa tu musim tengkujuh baru mula, belum banjir merata-rata. Nak jalan-jalan pun tak seronok sebab hampir sepanjang perjalanan gerimis melanda.

Memandangkan aku sorang je kut peserta lelaki bujang, aku ambil keputusan menapak ke sana ke mari tak tentu hala sementara yang lain-lain sibuk shopping je kerja mereka. Berbekalkan satu DSLR dan dua lens, aku pun memulakan karier sebagai street photographer kelas bawahan kalau ada salah silap tolong tunjukkan.

Pakaian pun serba gelap dah daripada awal perjalanan, sarung jaket hitam terus blend dengan suasana sekeliling. Lepas tu berjalan ikut hati dan semestinya berhati-hati. Kalau perlu berdiri dalam renyai hujan, aku berdiri sampai apa yang aku tunggu masuk dalam frame. Kalau aku rasa perlu cangkung, aku cangkung je. Tepi kaki lima, atas lopak air, celah orang ramai - selamba. Paling penting, kalau orang tegur tak mahu gambarnya diambil tolong hormati mereka.

Sambil-sambil snap gambar, dalam kepala ligat mengingat apa-apa sahaja tentang fotografi yang aku pernah baca. Cuba apply dan perlu pantas.
























Ini sebahagian gambar hari pertama, kalau rajin aku update hari kedua punya pulak.
Doakan.

Post a Comment

2 Comments

  1. gambar no. 2 dari atas sebijik mcm ayah...
    tgk berkali2 pun mcm ayah saya. eehh betul ke ayah aku ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, kah? Gambar tu saya rakam area Setiu (kalau tak silap). Dah check? ^_^

      Delete