Header Ads

Rombongan: Melawat ke Shopping?

Jumaat hingga Ahad minggu lepas, aku terpaksa ikut Rombongan ke Kelantan dan Terengganu.

Musim-musim tengkujuh begini pergi ke sana alamatnya, berdepan dengan hujanlah sepanjang rombongan dan ternyata memang betul! Setiap kali celik mata sepanjang perjalanan, takde tanda-tanda menunjukkan langit letih menurunkan hujan.

Kepala otak aku dah berkira-kira, gambar apa yang boleh diabadikan kalau camni punya cuaca? Silap haribulan terperap dalam beg sajalah Nikon D5100 aku. Lens pun tak boleh bawak banyak-banyak, berat! Selepas ditimbang-timbang pro dan kontra, dua lens je aku bawak;
  1. Kit lens Nikon 18-105mm
  2. Tamron 70-300mm
Rombongan ni aku bagi nama sebagai "Rombongan ke Tempat Membeli-belah Tengah Bulan Time Orang Tengah Pokai" sebab semua tempat yang disusun adalah tempat shopping. Tempat-tempat yang dilawati mengikut tertib adalah seperti yang berikut:
  1. Rantau Panjang
  2. Pasar Besar Siti Khadijah
  3. Berehat @hotel di Kuala Terengganu. (Tidur. Nasib baik dorang reti penat)
  4. Pasar Payang.
  5. Taman Tamadun Islam (ini saja tempat bukan untuk shopping yang dilawati)
  6. Masjid Kristal (tak jadi singgah sebab dah lewat, esok kerja)
  7. Kedai keropok lekor, singgah dalam perjalanan balik.
Nampak permainan dia? Semuanya tempat shopping kecuali Taman Tamadun Islam. Kemain seronok dorang membeli-belah kecuali aku. Aku pun apa lagi jalan kaki merata tempat bila ada kesempatan. Tak tahu pun nak pergi mana, ikut je kaki ke mana melangkah dengan harapan akan jumpa tempat menarik atau 'sesuatu' untuk disnap walaupun hujan renyai-renyai. Aku dipaksa pergi sejauh ni bukan nak ikut bontot orang shopping, kalau nak shopping... kat Melaka pun boleh cuma taklah sama harganya. Aku mesti rakam sesuatu. Mesti.

Jadi street photographer bertaraf beginner sekejap. Jalan-jalan... snap. Jalan-jalan... snap. Macam-macam aku belajar; banyak gambar salah setting, banyak moment terlepas. Nampak macam senang tapi, agak mencabar juga. Mesti alert dengan sekeliling dan setting kamera perlu tepat. Kalau tidak, banyak benda terlepas dan tak menjadi.

Orang yang tengok gambar-gambar dalam DSLR aku pun naik muntah, tak faham apa aku tangkap. Kira OK lah tu daripada aku ikut aktiviti shopping korang sampai 3-4 jam tu, lagi aku tak faham. Ha-ha-ha...

Bawah ni gambar daripada smartphone Lenovo A516. Nanti aku update versi DSLR sebab adik-adik bawak pergi Pulau Pinang pulak Nikon D5100 tu.

istana maziah, castle, frame in frame
Istana Maziah, Kuala Terengganu
Bazaar Warisan, Kuala Terengganu
Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu
Kampung Cina, Kuala Terengganu
Tempat parking bas belakang Pasar Payang, Kuala Terengganu. (tak pasti nama tempat)
Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Daripada dalam bot.

3 comments:

  1. gambar tetap cantik wpun cuaca mendung. caner nak buat gambar jd panjang mcm tempat parking bas kat pasar payang tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna mode 'panorama'. Mode ni dah sedia ada pada smartphone yang saya guna... nanti dia automatik gabung beberapa keping gambar jadi panjang gitu... Cuba check kut kat smartphone tu pun ada mode 'panorama'.

      Delete
    2. jln sorg2 bkn nak ajak.... saya bkn nyer gemar sgt shopping

      Delete

Powered by Blogger.