Header Ads

Dah Nak Puasa



Petang semalam belek-belek lens-lens yang ada. Lama terperap dan terbiar. Nasib tak mereput. Rasa nak jual. Macam dah sampai masa pencen. Aku upload gambar lens tu kat FB tulis caption terpikir nak jual, tak sampai beberapa minit ada yang dah mesej, bertanya. Tergelabah sekejap fikir berapa harga nak jual.

Tak jadi beli. Survey, kut?
Takpe. Aku pun tengah kompius nak jual yang mana.

Selongkar album lama cari kekuatan semula. Ada la beberapa gambar yang boleh dijadikan pembakar semangat. Tapi aku pilih satu untuk diupload buat masa ni. Sambil-sambil tu kalau ada yang bertanya contoh hasil gambar melalui lens yang ada, tunjuklah yang ni salah satunya. Gambar ditangkap guna Nikon D5100 dengan lens Samyang 85mm 1.4. Manual fokus.

Semangat naik sikit. Nak kena prektis semula. Bakat dah berkarat. Harap dapat hasilkan gambar yang cun-cun Puasa dan Raya kali ni.

Dah nak puasa ni. Jangan lupa cat rumah!


2 comments:

  1. Sibuk sgt ni. Habis terbengkalai semua alam maya *ada baiknya juga mungkin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedikit terbengkalai. Under construction mungkin. :p

      Delete

Powered by Blogger.