Header Ads

Anjing Jiran



Ni anjing jiran depan rumah. Jenis Norfolk Terrier, kut? Tak pasti. Yang pasti dia ni aktif dan selalu menyalak-nyalak terutama bila ada orang turun daripada kereta. Pantang ada kelibat kereta yang berhenti berhampiran rumah, pantas dia berkawal dekat pintu pagar.

Disebabkan tabiat dia ni asyik menyalak bila ada orang turun daripada kereta, selalu aje Aunty Alan 'sound' dia suruh diam. Tak serik pulak tu, tiap-tiap hari kena sound. Memang tabiat dia menyalak kat orang yang dia tak rapat.

Tengok anjing gini korang rasa takut ke? Menakutkan korang ke sampai wajib perlu diatasi rasa takut tu? Aku tak tahu perasaan orang lain macam mana tapi, pada pandangan aku, orang Melayu bukan takut dengan anjing tapi, lebih memikirkan beban melayan kerenah najis mughallazah. Panjang cerita dia nanti kalau tidak dihindari, leceh.

Aku dapat tahu orang perempuan takut dengan katak, apa kata buat program hilangkan rasa takut dengan katak? Tak najis! Kotor je. Huhuhu.

Saranan aku kalau nak buat program kesedaran masyarakat, lebih baik buat penerangan kepada pemilik anjing kenapa orang Melayu menjauhi anjing, bukan membenci anjing, dua perkara berbeza tu. (Bila aku menulis gini mungkin ada yang kata, cakap senang... cuba buat program tengok! Emosi.) Terangkan kat dorang apa perlu buat untuk menjaga hubungan baik sesama jiran terutama Melayu apabila membela anjing. Takdelah jiran bising-bising bilamana tahi anjing bersepah berhampiran rumah. Ini tidak... atasi rasa takut dengan anjing. Bukan ke jiran yang bela anjing kat rumah memang bertujuan takutkan orang supaya rumah dorang lebih terjaga? Dah tak takut nanti takde fungsi lagi kut anjing sebagai penjaga rumah?! Huh, complicated sungguh! Aku pun tak fahamlah.

Sementara aku tengah menaip, anjing Aunty Alan buat aktiviti kegemaran dia; berak depan rumah aku. Ceit! Aku tengah tunggu tuan dia datang bersihkan macam biasa sambil siapkan entri ni. Bagus tuannya tahu jaga perasaan jiran tetangga. Berbeza pemilik kucing (yang tak haram disentuh tu), berbangsa Melayu lagi; kucing dorang berak bersepah kat rumah jiran, tuannya buat tak tahu je. Huh!

2 comments:

  1. yg pegi majlis itu sengal2 belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruja sangat nak peluk sampai tak perasan dalam penerangan di awal event dah ckp dengan jelas tak boleh peluk2 suka2...

      Delete

Powered by Blogger.