Kereta Mainan Nitro

Tengahari semalam adik ipar datang rumah, bawak dia punya kereta mainan sekali. Tapi bukan kereta mainan spring tarik ke belakang kemudian lepas tu... Ini kereta kawalan jauh 1/10 HSP RC Nitro Car, yang guna 'minyak' tu...

RC, hsp, nitro, kawalan jauh

Dia bawak tapi tak main pun, setakat hidupkan enjin je. Jalan tar kat depan rumah tak cukup luas. Tar pun tak cantik, lubang sana-sini. Tayar cepat rosak katanya. Kebarangkalian untuk berlanggar pun sangat tinggi. Lahhhh... bukan kereta ni untuk dirosak-rosakkan eksiden sana sini ke? Hahaha, itu aku!

Kalau tak boleh nak main, kita tangkap gambar je laa....

RC, hsp, nitro, kawalan jauh
bahagian enjin

RC, hsp, nitro, kawalan jauh
pandangan 3/4 hadapan

RC, hsp, nitro, kawalan jauh
tanpa body atas

Drifters - suka cara cameraman shoot video ni

Tetiba rasa adik ipar aku sengaja bawak nak 'bakar' aku beli satu jugak, kut? Nak cari geng berlumba. Layan sorang-sorang tak syok. Hehe.

Post a Comment

2 Comments

  1. dulu kete mainan macam ni femes...abang ngah mas pernah belikan utk adik prempuan mas...mna dia main,last2 dia bagi anak laki dia lak..hihihi

    ReplyDelete