Header Ads

Cara Menghasilkan Bokeh Dengan Kit-Lens

Saya nak kongsi tips atau cara dapatkan bokeh guna kit lens. Saya percaya majoriti pengguna baru DSLR di luar sana menggunakan kit lens, macam saya. Hee~ Dan saya juga percaya ramai ingin buat efek blur-blur dan hanya subjek utama yang 'timbul' dalam gambar, atau dipanggil sebagai efek bokeh. 

Persoalannya, boleh ke buat bokeh dengan hanya menggunakan kit lens? Orang kata nak buat bokeh kena guna prime lens contohnya lens 50mm f/1.8, 35mm f/1.8, 85mm f/1.8 dsb. Boleh je buat bokeh guna kit lens tapi bokehnya tidaklah 'delicious' dan 'lemak berkrim' macam guna prime lens. Susah sikit, tapi tidak mustahil!

Kenapa susah buat bokeh guna kit lens?
Susah sebab bukaan aperture kit lens tidak luas, antara 3.6 hingga 5.6 sahaja berbanding prime lens yang bukaan aperturenya lebih luas mencecah 1.8 atau 1.4. (penting: makin kecil nombor aperture, makin luas bukaannya).

Bagaimana nak dapatkan jugak efek bokeh tu dengan kit lens?
Inilah namanya cabaran dalam fotografi! Memandangkan kita hanya menggunakan kit lens yang tak boleh buka aperture lebih luas dan aperture tu pulak semakin terhad apabila dizoom, kita perlu buat perkara-perkara berikut:

1. Zoom sehabis mungkin (50mm, 55mm atau mungkin 105mm)
2. Buka aperture seberapa luas yang boleh!
3. Jauhkan subjek daripada background.
4. Jurugambar berada seberapa dekat yang boleh dengan subjek.

Cuba dulu teknik ini dan tengok hasilnya. Di bawah saya sertakan beberapa hasil dapatan ujikaji ringkas tapi membuatkan peluh berjurai-jurai jatuh pagi tadi.

Bagaimana buat bokeh dengan kit lens | Nikon D5100
Bokeh guna D5100 + kit lens (klik gambar untuk zoom)
-Dirakam menggunakan Nikon D5100 + kit lens.
-Jarak subjek dengan background lebih kurang 10 kaki.
-Mode yang saya guna adalah mode A sebab nak kawal bukaan aperture. (Kalau Canon, mode Av).

Daripada ujikaji yang dijalankan, efek bokeh gambar sebelah kanan atas (jarak kamera lebih kurang 4 kaki daripada subjek dan dizoom pada 50mm) lebih 'sedap' berbanding yang 6 kaki @ 50mm. Setuju?

Kalau boleh lagi dekat dengan subjek, pergilah lagi dekat. Depends on creativity dan cara persembahan korang.

Contoh lain bokeh kit lens:

Efek bokeh kit lens | Nikon D5100
Gambar dari entri: Beruang masih sayang kamu

12 comments:

  1. jom komen entry sya , ada GA by tumtumshop , hadiah wang tunai ! :)

    http://elsaulfahdotnet.blogspot.com/2013/04/blogging-contest-by-tumtumshop.html

    ReplyDelete
  2. alaa xde DSLR lah nak cuba. nak pinjam ibnu punya.. hik3 :P

    ReplyDelete
  3. wahh nice nice.nak try nanti :)

    ReplyDelete
  4. setuju sangat, kalau blur dia semakin kuat semakin rasa best. Mcm mkn kfc. lol. Nanti try buat mcm ni. Dah lama tak amik gmbr. sibuk sangat. thanks for the tips. :D

    ReplyDelete
  5. Bukan DSLR pun boleh cuba. Guna kan mode "Macro" dan fokus ke subjek.

    Cuba lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, setting macro ada kat kamera kompak. Simbol bunga. kan? :)

      Delete
  6. huuu siap buat ujikaji..
    awesome...

    nice sharing!! XD

    ReplyDelete
  7. thanks. nnt saya buat experimen dg camara saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are welcome. Hope entri ni menjawab persoalan yg dilotarkan. ^_^

      Delete
  8. sem depan kene amek paper fotografi. haaa. boleh la dijadikan panduan nih. tengkiu yer :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada yang tidak tepat, datang betulkan yep? ^_^

      Delete

Powered by Blogger.