Header Ads

Takde Tauliah Ajar Photoshop


Ajar Photoshop! Hahaha... mampukah aku?!

Itu yang terlintas dalam fikiran apabila ada yang mencadangkan nama saya sebagai tenaga pengajar Kelas Asas Photoshop anjuran group kami sendiri (assignment kumpulan). Satu group anjurkan program, group lain pulak jadi peserta.

Peruntukan masa 'persembahan' satu jam je. Bayangkan dalam satu jam, nak ajar apa? Kursus pun tak pernah pergi. Banyak belajar sendiri dan rujuk tutorial di internet je. Dibolehkan jemput orang luar tapi kalau jemput tenaga pengajar daripada luar khuatir pula objektif assignment kami tidak tercapai.

Seminggu lebih cari bahan, siapkan kertas kerja, buat persiapan, meeting segala bagai.
Antara bahan 'presentation'

Sampai masa yang ditetapkan, 'Kelas Asas Photoshop' pun berlangsung. Lecturer duduk barisan paling depan pulak tu, bersiap sedia cari kesalahan membuat penilaian dari jarak yang sangat dekat. Ketar lutut wa cakap sama lu! Kalau duduk barisan paling belakang nampak macam 'kecik' sikit.

Selesai 'persembahan', lecturer cakap "..OK, ada skill.". Apa maksudnya tu, A+ ke? Hehehe. ^_^

10 comments:

  1. pandai dah tu edit..yg gelap dah jadi terang, sharp! hihihihii... btw, blog anda telah berada di dalam bloglist jan-feb blog saya..

    http://www.jaakechik.com/2013/01/bloglist-jan-feb-2013.html

    ReplyDelete
  2. jgnlah mrendah diri..ok ape..hehe

    ReplyDelete
  3. wow picture gelap, boleh jadi terang ..good good hehe

    ReplyDelete
  4. @jaakechik: Thanx, ya! Kena lebih rajin blogwalking lah kan. hehehe~

    @nabila biela: Risau orang tak faham je masa ajar tu. ^_^

    @roshi''dayahdayu'': Kulit gelap pun boleh terang. hehehe.

    ReplyDelete
  5. @Yasmin Aris: Fuyoh, A++, terlebih markah dah tu. ahah...

    ReplyDelete
  6. A+ lah tu sbb lecturer kata mcm tu. nnt boleh lah ajar kami pulak. Yana pun bljr dr tutorial je. huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an A+, amin. Banyak tutorial kat youtube. Nak pergi kursus memang takde masa jawabnya. Ngee~

      Delete
  7. best la my dream nak belajar photoshop sgt2 cekap tapi apakan dyaa de notebook jer..sempott

    ReplyDelete
    Replies
    1. Notebook apa yg sempott tu...? hee~ Kalau sempott, kena guna versi lamalah, kut.

      - Photoshop CS6 dan CS5 perlu 1GB RAM
      - Photoshop CS4, CS3 perlu 512MB RAM
      - Photoshop CS2 perlu 320MB RAM

      Delete

Powered by Blogger.