Hampir setahun pergi tanpa khabar

Assalamualaikum. Lama benar tak kemaskini blog ni. Kurang lebih sebulan lagi daripada hari ni genaplah setahun port melepak ni ditinggalkan tuannya. huhu. Kesian pengunjung di luar sana yang menanti kedatangan saya. MAAF. Itu yang mampu saya ungkapkan. Sibuk dengan komitmen lain membuatkan blog ini terabai. (Ah, ada saja alasan sebagai penutup kesalahan.) Maaf sekali lagi.

Ada beberapa hal terjadi kebelakangan ini membuatkan hati ini meronta-meronta meminta saya menulis sesuatu tetapi saya tidak tahu menulis tentang apa. Tidak tahu mahu bermula dari mana. Dalam pada itu membuatkan saya teringat kembali port melepak ini. Hampir setahun ditinggalkan rupa-rupanya. Pada awalnya bercadang ingin tinggalkan sebentar kerana ingin beri tumpuan kepada beberapa perkara, entah di mana silapnya, blog ini terus ditinggalkan tidak berjaga, ditinggalkan tuan.

Adakah selepas daripada entri ini sekali lagi port melepak ini akan ditinggalkan? Berdoalah saya diberi kekuatan untuk terus menulis sesuatu, menulis apa sahaja... apa sahaja.

Post a Comment

0 Comments