Sebagai pengguna DSLR Nikon model tu aku merasa terpanggil untuk memberi respon walaupun fotografi bukan bidang aku. Ini sekadar berkongsi pendapat berdasarkan pengalaman.
Rujuk user's manual (buku panduan pengguna) terlebih dahulu. Bukan Nikon D5100 je, apa-apa jenama kamera pun kurang lebih sama. Kenapa? Sebab kalau korang tersalah tekan butang, boleh berlaku conflict antara menu-menu yang ada. DSLR ni sensitif tau, bukan boleh sembarangan tekan. Jangan main hentam je guna. Tau-tau nanti banyak butang tak berfungsi dengan betul, lain tekan lain yang jadi. Haaa... baru tahu. Hahaha, main-main je.
Dah kuning - buku panduan Nikon D5100 |
Lagi, kalau baca user's manual secara tak langsung kita akan jumpa pelbagai istilah yang digunapakai dalam bidang fotografi, barulah senang pergi ke peringkat pembelajaran yang lebih tinggi.
Kalau tak larat nak hadamkan semua maklumat sekaligus pilih je bab yang senang. Sambil baca sambil tekan butang kawalan yang berkaitan. Cara aku belajar macam tu; baca sikit lepas tu tekan semua butang sebab tak sabar-sabar nak jadi pro. Haha. Sekarang pun masih rujuk manual sekali-sekala bila nak cuba menu yang jarang-jarang digunakan.
Andai kata korang punya buku manual hilang ataupun tak dapat sebab beli secondhand punya ke apa, download versi PDF daripada web Nikon atau link bawah ni:
User's Manual: Nikon D5100 | Nikon D5200 | Nikon D3200 | Lain-lain model
*Buku manual pengguna D90, D80, D50 pun masih ada kat web Nikon semasa entri ini ditulis.
**Untuk pengguna Canon cuba cari kat SINI atau SINI.
0 Comments