Sibuk Kerja Famili Bagaimana


Ini budak lelaki 3 orang untung sangat. Banyak tempat dapat lawat, banyak tempat boleh pergi bila tiba waktu cuti sekolah. Berbanding abang-abang dan kakak-kakak diaorang dulu, jarang sangat berpeluang pergi jalan-jalan. Maklumlah, ayah sibuk bekerja tidak tentu masa.

Saya faham situasi tu tapi itupun selepas sendiri sudah bekerja. Dulu dalam hati selalu memberontak tidak pergi ke mana-mana pun waktu cuti sekolah.

Tahun lepas saya sibuk sangat bekerja, Sabtu-Ahad pun lantak diminta bertugas sehinggalah suatu hari tu semasa bersandar di kerusi merehatkan otak, saya terfikir... sibuk bekerja bila pula masa bersama keluarga keluar beraktiviti? Belum pun berkahwin sudah tidak berkesempatan bersama keluarga. Agak-agaknya bila sudah berkahwin nanti, bagaimanalah?

Tahun ni apabila ada tugasan luar daripada waktu bekerja, seboleh-bolehnya saya tidak mahu terlibat. Biarlah mereka yang sepatutnya laksanakan tugas tu yang selesaikan, bukan lagi mengharap saya mengganti tempat mereka dengan pelbagai alasan.

Banyak tempat dapat pergi; sagel, pantai-pantai sekitar Melaka, wonderland, port dickson, zoo, taman buaya, taman rama-rama, lagi entah mana tak ingat. Rancangan terbaru, nak ke Jeram Toi, Negeri Sembilan. 4, 5 biji kereta jugalah esok ni. Harap-harap menjadi dan tidak ada halangan.

Sementara ada masa dan kelapangan, elok buat aktiviti dengan famili sendiri. Korang pun kalau boleh cari ruang tu. Kerja, kerja jugak... mak ayah, adik-beradik jangan terlupa. ^^

Post a Comment

2 Comments

  1. Sibuk macam mane pun family tetap nombo 1 :D


    #Sronoknyee dapat jenjalan ;) Jage diri ye !

    ReplyDelete
  2. sokong,

    kerja,study,tugasan what eva is, bersama family juga dapat tenangkan fikiran,saya pun x berpeluang bercuti dengan family,eventho berkumpul dalam rumah pun dah cukup bagi saya,apa ntah lg bercuti..;D

    ReplyDelete