Tasua' gandingan Asyura

Tasua'. Puasa sunat Tasua'.
Berbanding Asyura yang selalu disebut-sebut (bubur Asyura), puasa sunat Tasua' mungkin jarang didengari.

Tasua', ambilan daripada Taasi' (ke-9).
Asyura, ambilan daripada Aasyir (ke-10). Bukan diambil daripada nama bubur Asyura tapi nama bubur yang diambil sempena hari Asyura, hari kesepuluh Muharram.

Hari ni hari kesembilan Muharram, disunatkan berpuasa sebagai gandingan puasa sunat Asyura (10 Muharram).
Daripada Ibnu Abbas berkata:
"Ketika Nabi berpuasa Hari Asyura dan memerintahkan agar yang lain berpuasa, Sahabat pun berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya ia adalah hari yang diraikan Yahudi dan Nasrani. Nabi pun bersabda: "Maka jikalau datang tahun hadapan, insyaAllah kita akan berpuasa Tasua' (9 Muharram)". Ibnu Abbas berkata: "Maka belum sempat datang tahun hadapannya kecuali Rasulullah telah wafat".
Hadis riwayat Muslim (1916)
*Hadis menunjukkan tentang saranan Baginda Nabi tentang puasa sunat Tasua' kepada para Sahabat tetapi Baginda Nabi tidak sempat untuk menjalaninya kerana wafat.

Puasa sunat Tasua' digandingkan dengan Asyura, insyaAllah dihapuskan dosa-dosa kecil selama setahun. Lumayan, kan? Jom kita puasa sama, meriah sikit.

Dah siang baru baca entri ni camne?
-Harus berniat puasa sunat selagi belum gelincir matahari daripada dada langit (sebelum Zohor) DAN belum melakukan perkara yang membatalkan puasa.


Nota: Lewat malam dah ni. Nak masuk tidur sekejap. Nanti kejutkan sahur boleh? hee~

Post a Comment

6 Comments

  1. mangun laaaaaaaaaaa dah siang ni haaaa :D


    http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/rindu-yang-membunuh.html

    ReplyDelete
  2. waaa...bagus2...jgn bgn lewat sngt...hehehe :)

    erm..bab soalan td...jawapannya..tidak..hehehe kadang2 lagi berat especially kalau pakai cbox..bila pakai cbox mmang kadang2 dia xnk load tmpat nk taip tu..dia jd kotak2 kecik je..

    sliding nie cuma bagi nampak kemas je :) hehehe..bagus soalan nie :)

    ReplyDelete