Hidup ni takkan lari daripada perlu memilih dan membuat keputusan, dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besarnya. Ada perkara yang tidak memerlukan kita untuk berfikir panjang, ada sesetengah perkara pula perlu difikir masak-masak sebelum boleh dibuat keputusan.
Dalam banyak hal kehidupan, kita akan berhadapan dengan pilihan-pilihan yang mungkin sukar untuk diputuskan. Perlu menimbang-tara pelbagai hal sebelum keputusan muktamad dapat dibuat; sambung belajar di IPTA atau IPTS, sambung belajar di dalam negara atau luar negara. Menerima lamaran atau menolak, menerima si A atau si B sebagai pasangan hidup. Memilih bekerja di sektor awam atau swasta, memilih bekerja mengikut minat atau mengikut sijil yang diperoleh.
Semuanya perlu kepada satu keputusan. Tidak boleh memilih untuk tidak membuat keputusan. Perlu pilih, perlu ada satu jawapan. Mungkin perlu sedikit masa untuk difikir-fikirkan, silakan. Jangan pula biar tergantung menjadi persoalan, terutama keputusan yang turut membabitkan pihak lain.
p/s: Pilih yang terbaik di antara yang baik.
9 Comments
kalau benar punya niat tapi tak tahu jalan mana yang nak dipilih, minta ajer pertunjuk Allah...insyallah :)
ReplyDeletekaaaaann...
http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/aku-hanya-mahu-kamoooooo.html
@c'axoera: Seeloknya begitu tapi kalau hati sedia mantap dgn keputusan sendiri, teruskan. Mudah2an itu yg terbaik. ;)
ReplyDeletemoga keputusan yg bakal awak ambil diberkatinya.. :)
ReplyDelete@ChaCha: Thanx, Cha. Hope keputusan Cha & readers lain mcm tu jugak. ;)
ReplyDeletenak cari jalan terbaik la susah kan.kadang2 tersilap jalan.tapi think positif,ambik pengajaran setiap langkah kehadapan.
ReplyDeletesolat iktikarah supaya dibe petunjuk oleh-Nya..insyaAllah
ReplyDeletesemoga jalan pilihan kita tidak salah dan sentiasa dirahmatiNya.. amin.. =)
ReplyDelete@MaYa MustWany: positive thinking.
ReplyDelete@katak comel: InsyaAllah, mudah-mudahan. :)
@Cik Nurul: Amin ya Rabb!
kena yakin dengan keputusan yg di buat :)
ReplyDelete