Ikhlas Korban

dalil, tujuan, ikhlas, ibadah qurban, korban, aidiladha, al-hajj

 Esok 10 Zulhijjah, Aidiladha (Hari Raya Korban).

Bagi mereka yang berkemampuan (dan bertaqwa), maka akan kelihatanlah kambing, lembu, unta dan segala bagai ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am ditumbangkan bermula pada hari tersebut dan berlanjutan sehingga tiga hari berikutnya yang dinamakan sebagai Hari Tasyri' (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

Untuk apa korban itu barangkali?

Tujuan sebenar melakukan ibadah Qurban bukanlah untuk mempersembahkan darah atau daging haiwan sembelihan tersebut kepada Allah, akan tetapi untuk umat Islam mengejar ketaqwaan di sisi-Nya.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Hajj ayat 37:
"Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya."

Nota:
- Sedikit perkongsian berdasarkan kepada grafik. (minta kalian komen sedikit grafik di atas)
- Masih confuse dengan ejaan sebetulnya ibadah "Korban" atau "Qurban" mengikut ejaan bahasa Melayu. Somebody tolong betulkan saya.

Post a Comment

2 Comments

  1. mcm korban sebab "ro`" kat situ klo ikut sebutan tafhim,,sbb "ro`" sukun n sebelumnya dhommah..
    klo ejaan qurban plak,,"ro`" kat situ mcm tarkik..pdhal klo "ro`" sukun n sebelumnye fathah au dhommah bacaan dia tafhim..(mngikut pandangan mate sendri) >:)

    ReplyDelete