Rahsia maintain bersila lama

Berikut saya paparkan gambar-gambar bukti kepada satu pendedahan eksklusif.
Bagi yang tidak percaya, gambar-gambar berikut akan memusnahkan ketidakpercayaan anda itu. Gambar tidak menipu! (kita je yang suka menipu. hee~)

Rahsia kekal maintain bersila lama dalam majlis ilmu.

ibnuismaini, pengajian, adab,  kebas, bersi />

<div class=
Seperti tahu apa yang bermain di fikiran saya, lantas dia memberikan saya petunjuk; rahsia sebenar kekal maintain bersila lama di hadapan syeikh/guru. Perhatikan gambar betul-betul. Dia sedang pegang apa tu.

Diperbuat daripada kain. Buatan tangan. Selesa bersandar walaupun tidak berkerusi. Menurut mata saya, seperti ada span di bahagian dalam. Dalam keadaan terdesak, tak sampai 5 minit kita boleh buat alat ni; Gunakan syal. Dalam keadaan duduk, lilitkan syal dari belakang pinggang bawa ke lutut. Kemudian ikat. Berjaya tiru!

Itu dia, kita dah ada pengikut! (perhatikan kawan yang belakang tu)
Tiada lagi masalah 'patah pinggang' selepas ini.

Ada rahsia/tips lain tak untuk menghadapi situasi bersila lama? Kongsi~

Nota penting:
Antara adab murid dengan guru adalah menjaga cara duduk di hadapan guru. Cara duduk biar sopan, menampakkan cara orang yang ingin belajar, bukan orang yang merasa bosan. Tukar posisi duduk pun bukan boleh sembarangan.

Syeikh bacakan hadis di hadapan, saya curi-curi snap gambar. Ish, ish... jangan tiru perbuatan ini!!! Sila fokus dan jaga adab dengan guru. Bagaimanalah ilmu nak berkat? Jangan bermain-main! -__-'

Nota kurang penting:
Hari ini tidak ada bacaan hadis, rehat.

Post a Comment

4 Comments

1. kegunaan alternatif syal yg kita bawa dlm kls pengajian dgn syeikh. kreatif. ^__^

ReplyDelete
2. lepas nie kaye org jual syal..(^^)

ReplyDelete
3. to iman:
Jangan lupa minta penjual2 syal baca entri ni. (^_^)

ReplyDelete