Bermula esok penempatan pelajar-pelajar Melaka Mesir akan dipindahkan ke bangunan baru. Tidak jauh dari penempatan yang sedia ada sekarang. Walaupun saya tidaklah tinggal secara tetap di rumah Melaka ni -sekadar menjadi tempat penginapan sementara terutama apabila terlibat secara langsung dalam aktiviti persatuan- saya pun akan terbabit sama dalam proses perpindahan itu nanti. Bagaimanalah kehidupan di bangunan yang baru nanti agaknya?
Sementara berkemas-kemas sempat juga men'design' iklan untuk dimuatkan ke dalam blog persatuan (tiba-tiba datang ilham). Cari gambar di google, kemudian saya edit sedikit gambar tersebut (thanks to pemilik gambar asal).
0 Comments