Beralih kepada Photoshop CS5



Saya sedang mencuba-cuba perisian grafik paling popular versi terbaru. Baru sangat dipasang ke dalam laptop ni (Acer Aspire 4730Z).

Photoshop CS5 versi ME (Middle Eastern), itulah yang sedang saya gunakan dalam 4,5 hari kebelakangan ni. Sebelum ini saya menggunakan Photoshop CS4 (versi ME juga). Photoshop berversi ME sedikit berbeza daripada versi biasa kerana versi ME terdapat fungsi menaip tulisan Arab. Sesuai sangatlah saya kira dengan persekitaran negara Timur Tengah ni. hehe.

Banyak juga penambahbaikan dan perubahan yang dibuat pada keluaran terbaru ini. Antara perubahan ketara adalah konsep paparan interfacenya. Itu baru paparan, belum lagi functions dan 'kuasa magik' yang semakin bertambah.

Mungkin ada yang bertanya, stabil ke? Antara Photoshop CS5 dengan versi lain mana lebih stabil dan best?
Jawapan saya, secara logiknya yang terbaru adalah yang lebih stabil dan best kerana penambahbaikan yang telah dibuat pada functions lama dan penambahan 'kuasa magik' yang tidak ada pada versi lama. Walau bagaimanapun, semak kemampuan komputer sendiri terlebih dahulu sebelum memasang perisian terbaru, pastikan komputer kita sesuai atau tidak, 'larat' atau tidak. Kalau komputer terlalu 'usang' pun, payah juga, kan?

Post a Comment

0 Comments