Kurangkan program yang aktif semasa Startup

+++Rakan-rakan saya kerap mengadu tentang Windows mereka mengambil masa yang lama untuk loading sebelum boleh mula melakukan kerja. Kenapa?

Ada banyak punca yang menyebabkan hal tersebut. Salah satu puncanya adalah kerana semasa Startup, terlalu banyak program yang pernah diinstall turut loading serta aktif dan bersiap sedia untuk digunakan pada bila-bila masa. Semakin banyak program yang kita install, semakin besar kemungkinan program-proram itu membebankan proses Startup. Item yang diaktifkan itu ada yang boleh dilihat dengan jelas berhampiran jam pada Taskbar dan ada pula yang tidak kelihatan dan bekerja di belakang tabir. Kadang-kadang item-item tersebut sangat jarang digunakan dan tak diperlukan pun dalam proses Startup.


Ada tak langkah untuk elakkan program yang tidak diperlukan aktif semasa Startup?
Ada. Ada beberapa langkah kita boleh buat, antaranya:

[Langkah Pertama]
Delete shortcut software dalam folder STARTUP di Start > All Programs > Startup


[Langkah Kedua]
Disable program-program yang turut menyibuk loading sama semasa Startup:

1. Pergi ke Start > Run > taip msconfig > klik OK atau tekan ENTER pada keyboard.

2. Pada tetingkap System Configuration Utility yang baru dipaparkan, klik tab Startup.

3. Hilangkan tanda pada mana-mana item yang tidak diperlukan semasa Startup seperti Realmedia, Quicktime, Yahoo Messenger, Adobe Reader, Utorrent dan sebagainya. Jangan disable antivirus pula, itu antara item penting.

4. Setelah selesai klik Apply kemudian OK.

5. Kemudian akan diberi pilihan samada mahu restart komputer atau tidak. Disarankan supaya restart komputer.

6. Selepas komputer restart satu tetingkap akan muncul… tandakan sahaja pada “don’t show” kemudian tekan OK.


*Startup lebih laju berbanding sebelumnya? Berpuas hati? Atau belum cukup laju? Tunggu hasil research pada artikel akan datang. Cukup dulu untuk kali ini.

Post a Comment

0 Comments