Dalam artikel Tips Komputer kali ni saya nak kongsi tentang kekunci pada papan kekunci (keyboard) yang jarang digunakan sepenuhnya. Rugi betul tak gunakan sebab ia sebenarnya lebih memudahkan dan menjimatkan masa terutama ketika menaip. Sekarang zaman main kejar-kejar dengan masa beb, kena cepat…!
Antara kekunci
keyboard yang hendak ditekankan kali ini semasa menggunakan perisian menaip seperti Microsoft Word adalah:
1- HOME
2- END
3- DELETE
4- BACKSPACE
5- PAGE DOWN / PAGE UP
6- TAB
1- HOME
- Jika ditekan, kursor akan dibawa ke permulaan baris di mana kursor itu berada.
- Jika digabungkan dengan kekunci Ctrl dan Home (CTRL+HOME) pula, kursor akan dibawa ke permulaan muka surat.
2- END (Berlawanan dengan peranan kekunci Home)
- Akan membawa kursor ke hujung baris.
- CTRL+END, akan membawa kursor ke akhir muka surat.
3- DELETE
- Memadam satu aksara (huruf) di sebelah kanan kursor (ini biasa digunakan).
- CTRL+DELETE, memadam sehingga satu perkataan (jarang-jarang digunakan).
4- BACKSPACE
- Memadam satu aksara di sebelah kiri kursor (biasa digunakan).
- CTRL+BACKSPACE, memadam sehingga satu perkataan.
5 - PAGE DOWN / PAGE UP
- Seakan sama fungsi seperti butang skrol yang ada pada tetikus (mouse) anda. (Sesuai untuk tetikus jenis lama)
6 - TAB
Digunakan untuk ‘indent’ perenggan anda. Kursor akan bergerak ke dalam sedikit apabila ditekan.
*Ok, setakat ini dulu. Nak sambung mengulang hafalan Quran. Paper bertulis terakhir untuk fasa dua kali ini, 6 Jun 2009. Doakan saya, ok.
p/s: Jangan lupa praktikkan. Buka apa-apa artikel menerusi Word kemudian buat latihan. InsyaAllah, nanti lama-lama anda akan terbiasa menggunakan gabungan kekunci ini.
1 Comments
adeh susah gak nk praktik..hehe lom biasa
ReplyDelete