Header Ads

Nak Travel ke Utara

Skuter  - D5100 | Kit lens 18-55mm | 35mm, f/5, ISO1000

Malam ni saya akan bertolak ke Utara dengan kawan-kawan; nak pergi jalan-jalan. Lapan orang. Perancangan awal nak pergi Port Dickson je tapi, hotel penuh pulak. Maklumlah musim cuti sekolah sekarang ni. Bincang punya bincang, tukar rancangan; pergi Perak pulak. Jauh. Takpelah, sementara semua masih bujang, kan? Dah kahwin nanti, sekor-sekor menghilang. Serius, tak tipu punya.

Selepas keputusan dibuat, beberapa perubahan kecil berlaku tapi, atas kebijaksanaan ketua yang dilantik dan ahli-ahlinya yang sangat komited, semua itu dapat diatasi dengan baik. Alhamdulillah. Siap ketua bagai. Ahli ramai, ada ketua baru teratur sedikit pergerakan semua orang. Sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Jika kamu bermusafir dalam tiga orang, maka hendaklah dilantik seorang ketua.

Perjalanan ni akan menggunakan... kereta. Ya, kereta. Jangan tertipu dengan gambar kat atas. Gambar tu hiasan je, takde kaitan dengan travel ni. hehe. Saya tangkap masa hantar adik perempuan ke Melaka Sentral malam kelmarin.

Harap-harap travel ni berjalan lancar serta selamat sampai ke destinasi. Doakan kami, ya.

3 comments:

  1. laaaa...ingat travel ngn motor skuter tu heheee

    ReplyDelete
  2. @Adylia Qarissa: Patah pinggang jauh2 jalan..

    @ch000tz axoera ヅ: ini skuter tak jual sebab tak kenal pemiliknya. :p

    ReplyDelete

Powered by Blogger.