Selamat Hari Lahir, Ayah


Selamat hari lahir, ayah. Semoga ayah panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dalam lindungan Ilahi.

Ketika ucapan ini ditulis kemungkinan besar ayah sedang tidur sebab sekarang Malaysia menghampiri jam 4.30 pagi. (atau ayah masih di luar, bekerja, macam dulu-dulu?) Harap-harap tidak.

Tiba-tiba teringat memori semasa kecil dulu. Selalu kena marah dengan ayah sebab nakal tapi, ayah tak tahu sebenarnya anak ayah yang sulong ni tak nakal pun. Baik je, tau. Selalu pergi surau kat quarters TNB tu mengaji walaupun kadang2 tu dah pergi surau nak ngaji, anak ayah yang baik ni patah balik cakap "tak nampak orang pun kat surau tadi". (Tak nampak sebab tengok surau tu dari jauh je... orang semua kat dalam, mana nak nampak. *smile*) Tapi selalu kantoi yang tu tipu semata-mata. Nak kena libas dengan hanger? Atau nak kena campak ke luar? TidakkkKkkk! Lari pergi surau semula sebelum bahaya menimpa. haha.

Ayah garang! Eh tak.. tak...! Ayah, ayah yang penyayang walaupun memang garang. hehehe~ Dalam ketegasan dan keseriusan wajah ayah, ada kekonfiusan.. haha! (memain sungguh ucapan neh). Orang lain baca pun peninglah, yang mana satu gambaran tentang ayah. Tapi anak ayah je tahu yang mana satu, kan? (Err, ke konfius jugak? kui3)

Semoga ayah sentiasa gembira dan tidak risau-risau.


ibnuismaini
20101016, EG
peace! (^_^)v

Post a Comment

0 Comments