Header Ads

'Bersih'kan komputer dengan CCleaner

Komputer yang semakin lembab membuatkan sesiapa sahaja berada dalam tekanan. Boleh sakit kepala dibuatnya. Sebab viruskah? Mungkin ya, mungkin juga tidak. Saya tekankan, tidak semestinya virus adalah puncanya semata-mata (walaupun tidak dinafikan virus dan worm merupakan penyumbang utama kepada situasi komputer lembab).

Entri tips komputer terdahulu saya ada menyentuh tentang 'mempercepatkan proses startup'. Entri kali ini pula saya akan sentuh tentang "membuang 'temporary files' dan 'registry' lama dan tidak digunakan", sebagai satu lagi cara melajukan komputer.

Bagaimana cara membuang 'temporary files' dan 'registry' lama dan tidak digunakan itu?
Saranan saya, gunakan perisian CCleaner!
Mudah, ringan, mesra pengguna, dan paling penting ia adalah freeware.
Tiada adware, tiada spyware. Selamat digunakan!
bye ibnuismaini

Tapi.....


Timbul satu masalah....



Cara guna CCleaner tu bagaimana, ya? bye ibnuismaini

Ok, mari saya tunjukkan. Mudah sahaja.

Pertama, muat turun perisian CCleaner dari sini kemudian, install. Siap?

Seterusnya, jalankan perisian CCleaner yang telah siap diinstall.
tips: Matikan perisian lain terutamanya Mozilla Firefox dan Internet Explorer terlebih dahulu.

Perhatikan pada sebelah kiri CCleaner. Terdapat ikon dan juga . Kita akan gunakan kedua-dua fungsi ini.

FUNGSI PERTAMA


Cleaner - klik ikon yang pertama ini.




\
- Bersebelahan ikon Cleaner, kelihatan tab 'Windows' dan tab 'Applications'. Saya cadangkan, tanda pada semua kotak options yang ada pada tab 'Windows' dan abaikan 'Wipe Free Space'. Begitu juga pada tab 'Applications', tandakan pada semua options.

- Jika keluar sebarang mesej ketika menanda, tekan butang OK tanpa was-was.


- Klik pada butang 'Analyze'. Tunggu sehingga analisis selesai 100%.

- Kemudian, klik pada butang 'Run Cleaner'.

Jika ditanya ingin 'proceed'? Tekan OK. Tunggu sehingga proses pembersihan selesai 100%.

*Ulangi proses ini 2-3 kali supaya 'temporary files' benar-benar clean -kononnya.




FUNGSI KEDUA


Registry - klik ikon yang kedua ini pula.






- pastikan semua options yang ada telah ditandakan.

- klik 'Scan for Issues'. Tunggu sehingga proses tersebut selesai.

- kemudian klik pada 'Fix selected issues...'

- Anda akan ditanya samada ingin membuat backup atau tidak. Terpulang. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya sarankan buat backup, walaupun saya sendiri tidak membuat backup.

- Kemudian, klik 'Fix All Selected Issues'. Selesai, klik 'close'.
*Ulangi proses ini 2-3 kali bagi memastikan registry berjaya dibersihkan sehabis mungkin.


Itu sahaja. Mudah, bukan? Selamat mencuba!
bye ibnuismaini

p/s: Jelas atau tidak penjelasan ini? Tinggalkan respon di bawah. tQ.

10 comments:

  1. antivirus yg free n ringan ade x.. ccleaner ni bole hapuskan virus ke?

    ReplyDelete
  2. wah,,,komputer saya makin laju la,,sangat laju sampai xsempat nak bace...:D

    ReplyDelete
  3. to f_24434:
    Ccleaner tak boleh hapuskan virus. Sekadar hapuskan 'fail2 sementara' untuk windows dan 'registry' lama yg tidak digunakan lagi.

    Berkenaan antivirus (AV), ada juga pengeluar AV mengeluarkan AV versi percuma; AVG, Avast!, AntiVir dsb...

    to iman:
    Wah, lajunya! Tapi jgn laju2 sgt, risau terpelanting dari tingkat 5 ke bawah... bahaya! hi3.

    ReplyDelete
  4. hoho,,,sy rse nasihat tue bgus nye diberi pd org yg type laju smpi tersasul..harap maklum.

    ReplyDelete
  5. to iman:
    Ops! Makluman diterima. Tentulah penaip laju yg tersasul itu bukan saya. :)

    ReplyDelete
  6. to Scya Lollita:
    Test, jangan tak test.
    Camne, ada perubahan?

    ReplyDelete
  7. Salam,
    saya dah buat seperti saranan awak, tapi blog saya masih mcm tu juga, saya tengok ada juga blog blogger yg lain kelihatan sama spt blog saya. Apa pun terima kasih atas tunjuk ajarnya...

    ReplyDelete
  8. @Norgadis Labuan:
    Saya guna CCleaner sebagai langkah pertama hadapi masalah PC/laptop kwn2 yg 'sengal'. Hasilnya OK. Ada juga yang tidak, bergantung.

    Mungkin masalah lainlah kalau cara ni tak boleh.

    ReplyDelete
  9. hehe ok done..thnks ngn entry ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.