Header Ads

Projek Fotografi A-Z

Fuhhhhhhhhh... berhabuk blog!
-
Baru habiskan projek fotografi A-Z baru-baru ni. Alhamdulillah selesai juga walaupun makan hari.

"Projek fotografi? Projek apa pulak ni?"

Projek ni semata-mata tugasan sendiri, tangkap gambar berturutan dari A sampailah Z. Tak boleh skip tak boleh lompat-lompat. Kena disiplin, tak boleh mengelat. Setiap hari satu, atau sekali seminggu. Ikutlah mana termampu.

Tujuan projek untuk push diri; supaya peka dan lebih teliti. Memandang akan alam sekeliling, banyak sebenarnya benda-benda penting.

Penggunaan kamera aku hadkan; DSLR sama sekali tidak dibenarkan, melainkan kamera telefon tangan. Dua telefon aku pakai; selalu Yes Altitude M631Y, sesekali je Leagoo Elite 5.

Bawah ni hasilnya sekeping dua. Selebihnya ada kat instagram kita.


Projek Fotografi A-Z: V

No comments

Powered by Blogger.