Mengail

Memancing Langit | kamera smartphone Leagoo Lead 7
Aktiviti cuti sekolah dengan adik-adik, mengail tepi pantai.

Tak reti apa pun. Tapi layankan. Belajar melalui pengalaman dan kesilapan.

Nampak senang; pasang mata kail-cucuk umpan-campak-tunggu ikan makan umpan. Siapa-siapa pun boleh buat dan dapat ikan. Sebenarnya tidak.

Ada ilmu dia. Kena tahu cara ikatan, jenis tali, saiz tali, jenis mata kail, jenis ladung, jenis umpan, jenis ikan, habitat ikan, cara ikan makan, teknik menghayun joran, pergerakan bulan, waktu pasang-surut, dan tak kurang juga kena tahu tatatertib serta adab sopan.

Dah tahu banyak perkara pun masih perlu benda lain - kesabaran.

Kita boleh berharap setinggi langit tapi pemberi rezeki tu tetap Tuhan. Kepada-Nya disandarkan segala pengharapan. Hatta memancing ikan. Sekian.

Post a Comment

0 Comments