Header Ads

Belajar Jadi Street Photographer 2

Seperti yang dijanjikan tempoh hari; update hasil gambar di Terengganu pula. Konon nak update lepas balik kursus minggu lepas, entah macam mana tiba-tiba malas.

*****
Hari terakhir.
Lebih bersedia. Seawal 7 pagi dah bersiap-siap dengan kamera. Bateri dah cas penuh, memori kad spare ada dalam beg. Lepas sarapan, terus bergerak keluar daripada hotel sementara peserta lain menunggu sampai jam 9 pagi untuk ke destinasi yang pertama hari tu (Pasar Payang).

Daripada aku tidur atau lepak-lepak tengok TV dalam bilik hotel sorang diri... lebih baik ambil kesempatan yang ada tengok camne kehidupan orang Kuala Terengganu sambil-sambil tu baiki skill merakam gambar. Lagi berfaedah.

Pagi tu hujan renyai-renyai. Sekejap hujan sekejap tidak. Terik matahari pun tak terasa sangat.

Kat Pasar Payang pulak aku jalan punya jalan terjumpa Kampung Cina. Habis kampung tu aku tawaf dari hujung ke hujung. Memang bawak diri betul rombongan kali ni. Takde teman borak.

Kali ni hampir semua gambar guna kit-lens Nikon 18-105mm. Lens Tamron 70-300mm peram dalam beg. Leceh nak tukar-tukar lens. Risiko habuk masuk ke dalam body DSLR pun satu hal kena ambil kira.























No comments

Powered by Blogger.