Header Ads

Keretaku Buruk

kereta mainan, buruk
Keretaku Buruk
35mm  |  f/1.4  |  ISO1600
Kereta aku buruk,
tak macam kereta kawan-kawan,
kereta dorang cantik menawan,
laju boleh terbang ke awan.

Kereta second hand, apalah yang diharap sangat. Longgar sana-sini, tertanggal sini-sana. Biasalah, kereta dah berusia. Nak selesa beli kereta baru, tak pun sewa kereta - habis cerita.

Bukan tak nak angkat kereta baru tapi, aku malas. Malas berhutang. 9 tahun punyalah lama. Poket pun bukan tebal mana. Dengan hutang study, perancangan nak beli rumah, nak cari 'orang rumah'. Bukan sikit-sikit duit nak guna - puluh ribu.

"Beli kereta second banyak masalah." Orang kata.
Ops, iyakah??!!!

4 comments:

  1. ada jugakkan keretanya.. saya naik bas jer nak kemana2... huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kemudahan kenderaan awam mudah kat tempat tinggal lagi beruntung. Hee. Kalau kat tempat saya naik bas alamatnya dah 2 jam orang punch card, kita baru sampai.

      Delete
  2. kereta buruk tak pe, jgn tak leh gerak je kan :)

    ReplyDelete
  3. Setuju... gegar2 sikit takpelah. hee~

    ReplyDelete

Powered by Blogger.