Hobi Mini 4WD Tamiya Berputik Kembali

Hobi baru. Layan kereta Mini 4WD. Teringat zaman kanak-kanak, teringat trek longkang, teringat cerita Dash Yonkuro. Lama tenggelam permainan ni. Rasa macam tahun ni seolah-olah Tamiya hidup balik. (Saya saja yang perasan begitu, kut?)

Sebulan dua ni ada beberapa kali pergi tengok pertandingan Tamiya Mini 4WD sekitar Melaka. Pergi tengok-tengok je, bukan masuk bertanding. Nak ambil feel dulu. Majoriti peserta adalah orang dewasa, yang mana dulu Mini 4WD ini popular semasa mereka masih kanak-kanak - samalah saya.

Mini 4WD, Tamiya, 1/32
Jentera salah seorang peserta.
Dengar perkataan 'permainan' macam budak-budak je bunyinya tapi soalnya mahir atau tidak tentang tayar keras, lembut, besar, kecil? Gear ratio? Torque? Top speed? Downforce? dsb...

tamiya, mini 4wd, semi speed
Setting dan tuning tersendiri.
mini 4WD, tamiya
Laju sangat sampai Nikon D5100 punya mode sport pun tak dapat 'berhentikan' kereta dorang ni.
mini 4WD, tamiya, dash yonkuro, super emperor, ms pro, chassis
Kereta saya stock car je. Dash 01 Super Emperor. (Pro MS Chassis)
Kereta saya, Dash 01 Super Emperor. Ni kereta milik hero dalam anime Dash Yonkuro. Bila ada kereta ni terasa macam sinar kemenangan sentiasa dalam genggaman kalau masuk race... sebab hero selalu menang. Hehe~

Setakat ni saya hanya jadi pengumpul, tak layak jadi racer. ^_^v

Post a Comment

1 Comments