Header Ads

Aidiladha 1434H

korban, qurban, aidiladha, sembelih
Aidiladha dah lepas. Hari Tasyrik pun dah lepas. Baru hari ni sempat update blog. Update pun ringkas. Adalah enam keping gambar yang sesuai untuk dikongsikan sempena Aidiladha yang baru lepas. Malas cerita banyak, sebab nampak panjang lak entri ni dalam mode 'preview'.

korban, qurban, aidiladha, sembelih
Sebelum ditumbangkan, rasakanlah mandian terakhir ni...! Entah sebelum ni pernah dimandikan entah tidak.


korban, qurban, aidiladha, sembelih
Bersedia semua. Walaupun lembu ni nampak berkaki dua dalam gambar kat atas tapi sebenarnya dia berkaki empat. Susah nak jatuhkan.


korban, qurban, aidiladha, sembelih
Yang ni tengok je apa yang sedang berlaku. Diminta jangan asah pisau dihadapan dia. Tolong hormat dan belas kasihan sikit. Tangkap gambar depan-depan takpe, itu dibolehkan. ^_^


korban, qurban, aidiladha, sembelih
Hampir tinggal tulang kambing ni dikerjakan. Binatang korban pertama ditumbangkan masa tu. Tak sempat tangkap gambar saat-saat akhir dia.


korban, qurban, aidiladha, sembelih
Dah selesai semua. Asing dan agih-agih ikut lorong rumah. Setiap satu lorong seorang wakil datang mention berapa rumah dengan nama ketua rumah yang ada di kawasan dia.

Gambar penduduk taman sibuk bekerjasama selesaikan binatang-binatang korban yang dah tumbang takde. Malas dah nak pegang kamera masa tu sebab ambil bahagian cuci perut kambing dan lembu kat belakang stor. Baunya masyaAllah jangan cakap...! Silih berganti datang dan pergi yang ambil bahagian ni dibuatnya. Leceh tapi macam seronok pun ada sebab boleh main air, main kapur, main taik. Hahaha.

2 comments:

  1. tak sempat nk tgk lembu dikorbankan sebab saya balik pagi raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, tahun depan cuba lagi InsyaAllah. hihi.

      Delete

Powered by Blogger.